Makan-makan : Hot Star Chicken

Siapa yang gemar dengan chicken Uncle Bob (kat Malaysia),dan rupanya kat sini ada store yang jual ayam yang ala2 Uncle Bob tu.Saya bagi 10 bintang.Muahahaha!Bayangkan betapa happynya kita bila dapat tahu ada kedai yang ala2 Uncle Bob ittewwww yang jual ayam goreng yang sangat la besar dan very juicy.Dan yang pastinya HALAL.Nah certificate HALAL yang terpampang jelas kat premis diorang.


Ikut plan asal kami last week,kami sepatutnya mengopi di Chipmunks Playland and Cafe : Kids Indoor Play Centre.Boleh check link ini More info click here Tipah! Tempat ni sangatlah ideal untuk geng emak2 mengopi sambil duduk lepak diskusi hal ehwal semasa dimana anak-anak boleh bermain dengan riangnya.

Tapi kita hanya merancang sebab sampai je depan centre tu (happy giler dapat parking betul-betul depan pintu masuk),rupa-rupanya lagi 20 minit centre tu nak close.Ceh!Letih je mak excited td.Maybe next time.Dan kami pun tukar plan terus ke Market Square sbb mcm craving je nak makan ayam goreng.Gediksss kan.

Market Square tu letaknya di Sunny Bank iaitu lebih kurang 25 minit drive dari rumah saya.Tak jauh pun.Dulu saya sangat la tak biasa dengan area ni tapi sejak jadi pengunjung tetap rumah my dear kakak,hihihi,dekat Calamvale tu,antara city nak ke Sunny Bank ni saya rasa mcm dekat haishhh! Mcm nak pi Indooropilly je rasa (sangat ekzegeret cerita).


Sampai di Market Square dapat baik punya parking spot,terus kami serbu kedai ayam oh ayam.Oh lupa.Jangan duk gaduh nak bayar pakai card sbb diorang punya term of payment CASH.

Dan ini la kedainya.Dan harga adalah affordable.Untuk ayam yang besar boleh share makan dua orang tu baru $8.00 ++.Boleh pilih nak original or spicy.Dan jangan lupa order side order dia.Sedap wesss chicken wing dia yang ranggup dan juicy dan curly fries yang sedap dimakan panas-panas.


Nah tayang sikit.Supaya mana yang memang ada kat Brisbane ni terus serbu pergi.Hihihi!Ok la untuk makan-makan sesekali bila dah rasa boring asyik duk makan nasik je kan.Untuk makan ringan2 sambil melepak tu,ini memang highly reccomend la.

Ini ayam kami satu original dan satu spicy.Color pun dah lain tu.Hihihi! Rasa mcm baik hati pulak nak share info sket pasal tempat ni walau tak dapat komisien.Hahahaha!

Phone number
(07) 3423 8008
Address
Hot Star Large Fried Chicken Sunnybank, Brisbane, Australia address
Market Square, 319 Mains Road, Sunnybank, Brisbane
 
Dan bila duk makan ayam,mestilah nak minum kan.Kalau tak mau tercekik.Jadi kami pun pergi la ke sini,Korean Dessert Cafe order ice kisar dia dan kalau kat Malaysia panggil ABC.Hihihi!Sini pulak dipanggil Bingsoo.First time mak pergi jadi ada part kelakar bila mak confius dengan ice shredded dia yang teramat la halus sampai mati-mati mak ingat,eh,awat dia letak banyak sangat dessicated coconut.Ya Allah.Naif sangat instead of letak jakun sangat perempuan ni.Huhuhuhu!
Saya order Bingsoo Nutella.Ikut hati nak order buah-buahan tp takut anak tak makan pulak tambah lagi satu mangkuk $15.00 ++ jadi memang tak la order satu sorang kan.Kopak mak nanti.


Jadi beli satu share anak beranak.Gitewwww.Tapi satu mangkuk ni pun memang sorang takleh nak habis.Besar dan banyak dan manis.Jadi suapan tu awal-awal laju lelama speed dia makin slow pulak.Kikikiki.Jadi kalau datang ngan suami/isteri tu,share la.Baru romantiss giteww.Hahaha!

Jadi itu la ceritanya.
 

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You