Something to ponder

Kita nak highlight Melayu Islam sbb kita orang Malaysia yang beragama Islam.Kalau kat Aussie sekarang ni ada Islamphobia,kat Malaysia pun ada jugak iaitu Kristianphobia bila mana sesetengah orang ni takut sangat kalau tengok tanda salib.

Ketakutan dia tu sampai tahap rumah agama orang pun dia suruh tanggalkan tanda tu.Hehehe.Isu paling latest adalah tanda salib kat dalam Key Chain budak matriks sampaikan siap ada surat penarikan balik key chain tu setelah didesak dan diasak oleh ibu bapa,orang awam yang takut akidah anak2 diorang terpesong selepas tgk key chain tu.Ayoyoyo!Dasat tu.

Dan seorang abang yang sama level ngan si Kulup tu pun buat statement benda2 ni takleh dibiarkan dan kita kena perangi dari yang kecil2 ni la agar ia tak membarah kelak.Tetiba jadi ayat buku.Hihihi

Hmmmm.....jadi kalau mcm tu payah jugak la yer.Payah maksudnya kita nak kena stay kat tempat kita je la yer sbb takut la jugakkan pergi jalan2 karang ternampak gereja tertenggok salib terus wengggg jadi lain.Ooooo....kalau mcm tu payah la orang mcm kami ni yg cari rezeki luar negara.Iya la mcm area rumah I ni setiap suburb ada gereja.Payah,payah,payah.

Tapikan selalunya orang yang paranoid melampau ni dia kdg2 lupa nak simpan sikit bodoh dia tu untuk kegunaan masa depan.Sbb apa I cakap mcm tu,selalunya orang mcm ni harini kau perangi habis2san agama orang lain tp banyak masa kau lupa.

Contohnya,Pak Abu berbulu betul tgk lambang salib kat gereja so Pak Abu join la demostrasi mintak salib diturunkan sbb Pak Abu fikir ni la antara cara nak jaga akidah masyarakat.Tak lama lepas tu anak Pak Abu ajak pergi bercuti ke Bali.Kagum kejap Pak Abu tgk candi2 kat sana siap join tourist lain tgk show ritual agama kat sana lepas tu jangan lupa snap gambar.Balik bercuti terus tunjuk kat Pak Man dengan bangganya tempat dia pergi bercuti.Then mana ketegasan anda?

Hmmmm.....Sesungguhnya Islam tak ajar kita kacau tempat ibadat orang lain.Apa benda yang duk takut sangat dengan lambang salib.Taknak demostrasi sama tukarkan semua tanda mcm salib tu kalau dah paranoid sangat.

Islam diseluruh dunia.Tapi Melayu Islam je yang terlebih phobia ngan lambang tu makanya mereka ini memang takleh keluar dari negara.Kena stay duk kat kawasan yang tak bercampur.Tak ke payah lagu tu.Ini kami dinegara bukan Islam,gereja disetiap kejiranan tp Islam tetap berkembang disini.Disini ada masjid,disini ada tempat untuk solat Jumaat setiap hari Jumaat.Sini ada kuliah agama.Sini ada community Islam.Then what is your problem yang sangat la berbulu sangat dengan lambang salib agama orang lain tu?Itu cerita pasal lambang.

Makanya ada lagi benda yang cukup ditakuti oleh Melayu Islam adalah babi.Sensitif sangat dengan cik oink oink oink.Sampaikan nak marah pun nak kaitkan dengan cik babi ni.Kikikiki.Selalunya isu babi ni berkaitan ngan makanan dan benda la kan.

Ini bila kita kisahkan sangat takut termakan apa sahaja yang ada unsur babi tapi tak nak pulak kisahkan perangai diri yang dah nak sama macam babi.Oink!Oink!Oink!

Islam itu mudah dan jangan la dirumitkan.Dan bila mudah pula jangan pulak terlebih ambik mudah.Ayoyoyo!


No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You