Australia Zoo




You know this guy?Hehehe!For the animal lover like my dad (Motto dia baik tgk binatang dari tgk orang),mamat ni memang sangat dikenali.Antara television show dia yang famous iaitu Crocodile Hunter yang disiarkan melalui saluran Animal Planet kat Mesia dimana keberanian beliau bermain dengan boya dengan confidentnya namun menemui ajalnya dengan ikan pari.Owh!Tetap berkaitan dengan binatang.

Pendek cerita mamat ni antara kebanggaan orang Ostolia la mcm kita  ada Hang Tuah.Eh.Kenapa aku suka buat perbandingan yg tak berapa nak kena?Ngeeeeee!

Maka cuti sekolah term 2 yang lepas,kami decide bawak anak2 kami yang dua ketul tu ke Australia Zoo.Yeayyyyy!Emak pulak yang excited.Nak cerita serba sedikit pasal tempat2 menarik kat Queensland ni,actually banyak tempat menarik cuma perjalanan dari satu tempat ke satu tempat tu agak memakan masa.Maklum la negara benua so don't expect kalau datang sini boleh tour satu Queensland ni dalam masa satu hari malah seminggu pun belum tentu cukup.Bare in your mind pecahannya ada utara selatan timur barat bla bla bla bla.Dan setiap tempatnya adalah jauh.Mcm tempat kerja my husband walau dalam satu state tp kena naik flight dan kalau berkereta makan masa la sikit.Ini dalam satu negeri.Jd boleh dibayangkan la betapa besarnya setiap satu state tu.

Dan don't expect jugak kalau nak jumpa the largest shopping mall misalnya kat sini,sbb kadang2 sebut je largest tp takde la besau mana pun tapi yang menariknya mall boleh didapati disetiap tempat walau ceruk mana sekalipun selagi ada bandar.Dan begitu juga la setiap tempat peranginan mahupun tempat tarikan pelancong.Kat sini dia lebih mengutamakan quality rather than mengejar the biggest,the largest,the longest bla bla bla yadda yadda.Kalau ada pun dah sbb mmg they deserved untuk dapat mcm Lone Pine Koala Santuary tu.Kalau tak silap the first and largest koala santuary in the world dan kita pun tau koala ni native animal to Australia.Tapi kalau teringin nak peluk koala ni tak semestinya kena datang ke Lone Pine ni je,kat sebelah Warner Bros Studio iaitu Paradise Country pun kita boleh juga pergi kat situ dan beramah-mesra ngan kanggaroo dan koala kat situ.I suka pergi situ sbb dia ada padang ragut yang sangat cantik.Dah la time pergi haritu September kalau tak silap.Santek.

Sama la mcm Australia Zoo ni.Takyah la expect kalau datang sini sampai bengkak kaki berjalan berpusing dalam zoo ni sbb dalam masa tak sampai separuh hari pun kita dah selesai pusing dalam ni.Hihihihi.Kat sini apa yang dititik beratkan adalah education.Dari sekecil-kecil benda sampai sebesar-besar benda dia akan provide info maka ambil la masa baca dan fahami setiap info yg ada dan jangan aim dalam otak pergi zoo just nak tengok binatang je.Pada masa yang sama explain la pada anak2 tu.Sbb tu setiap kali cuti sekolah government dia dah provide siap2 booklet atau pamplet tempat2 yang kita boleh bawak anak2 sepanjang cuti sekolah siap tunjuk tempat yang free atau pun berbayar.Makanya parents ada la idea nak isi masa anak2 tu even kalau busy sangat boleh je bawak ke park yang dibina khas di setiap suburb dan mereka akan pastikan fasiliti lengkap untuk kanak2 bermain dan pada masa yang sama belajar.

Kalau nak ke taman tema sepanjang cuti sekolah boleh ke Gold Coast.Memandangkan taman tema kat situ melebihi satu maka setiapnya takde la besar sangat mcm Disneyland atau pun Universal Studio di negara lain. Dan dalam banyak2 theme park I paling suka Seaworld sbb byk benda boleh tunjuk kat my kids.Kalau Dream World atau Warner Bros tu,budak besar sikit ok la kot sbb TND tak semua rides dia boleh naik.Cuma untung kalau kita memang berada disini pada jangka masa yang lama,boleh la beli ticket untuk setahun dimana sekali purchase kita boleh ulang berapa puluh kali pun nak masuk.Mcm ada my friend ni waktu diorang awal2 sampai sini tahun lepas,almost every week diorang pergi theme park.Every weekend.Kikikiki.Ok la at least ada la aktiviti tu untuk anak2.Sampai tahap diorang dah muak kalau sebut theme park.Hahaha!

Di Queensland ni banyak tempat menarik cuma mcm I mention la setiap satu tu jauh.Kalau time dah nak masuk winter ni mmg cantik sangat la kalau nak fruit picking untuk buah season ni la.Boleh check setiap season buah apa yang ada.Mcm time Summer haritu tu kami sempat la ke ladang bunga matahari.Selain tu ke Sunshine Coast pun best jgk.Banyak tempat menarik kat sana atau kat sini pun ada a few island yang cantik.Cuma itu lah.Nak ke setiap satu tempat tu kena plan bebetul.Nak rasa buah sepanjang season dan juga buah-buahan tropika silalah pergi ke Tropical Fruit World kat Gold Coast.

Terlebih rajin pulak nak bercerita malam ni yer.Hihihihi.Dan sambung pasal short trip ke Australia Zoo ni perjalanan hanya memakan masa selama lebih kurang 50 minit iaitu 80 km dari Brisbane City.Zoo ni terletak di Beerwah dan katanya founder zoo ni sendiri adalah parents Steve Irwin ni jugak.Owh memang family suka binatang.


Here we go!Ini kat main entrance dimana Steve Irwin say Hi kat pengunjung yg datang.Holla! (tetiba jd Hawaiian)


Pic depan papan tanda haruslah ada kan kalau tak orang tak tau dah sampai kat sini.Kikikiki!Memandangkan waktu ni tak sejuk sangat lagi baru sipi2,maka pakaian pun takde la beria sangat lapisnya.


Depan ni pun nak snap gambar.Kikikiki!Dan haritu kami bertolak around 9 am mcm tu la dan I dah siap2 bwk bekal sbb kalau pergi tempat mcm ni mmg payah nak cari tempat makan especially theme park lepas tu strictly food and drink are not allowed tp kami ni pakai main redah je bwk dan selalunya lepas je.I just letak kat bwh stroller tu cuma pepandai la jgn nampak obvious sgt mcm p hangkut picnic basket ke apa.Hahaha!Tp kalau nak play safe,makan dulu kenyang2 sblm masuk dan just bwk masuk makanan yg ringan2 je mcm sandwich ke apa.Nasik gulai lemak sambal belacan segala toksah la bawak karang beria pulak bentang tikar bagai.

Dan tak usah risau la makanan tu cukup atau tak nak menampung perut yg lapar sbb kat sini apa2 tempat pun mcm theme park,zoo,museum ke yadda yadda,kau tak sempat nak lapar kali kedua pun sedar2 dah habis pusing satu tempat sbb tak luas dan besar mana pun.Don't worry.Cuma air masak tu bawak la lebih.

Ok here we go.Nak masuk zoo ni pun kena belilah ticket.Hehehe!Tapi lupa pulak berapa cuma yg I ingat separuh kot harga dari ticket nak masuk theme park.


Dan memula kami pergi adalah ke Crocoseum.Cuti sekolah maka mmg ramai la oramg tapi takde la sampai bersesak-sesak.Masih lagi kita rasa selesa.Dan persembahan pembuka adalah dari burung2 yang terlatih.Seriously kagum la bila fikir balik acaner la dia train haiwan2 ni ikut arahan dan tahu mana nak pergi.Faham arahan pulak tu sampai burung pun leh cam note $5 ke tak.Kikikiki!


Inilah persembahan yang dinanti iaitu kedatangan sang buaya.

Dan selepas persembahan ni kami pun gerak p makan ice cream dulu.Hahaha!Tak lapar tp dahaga.Kikikiki!

Dan selepas itu barulah open map dan mula explore tempat2 kat dalam zoo ni.Dan I pun mmg tak put higher expectation sangat maka kita layan je la anak2 sambil tunjuk binatang2 tu segala dan jawab la setiap soalan yang ditanya.Agak2 takleh jawab cuba pusing cari apa2 yg boleh tarik perhatian dia seterusnya dia tak ingat dah pada soalan yang dia tanya td.Bijakkan trick ni.Kikikiki.


Jalan-jalan pusing sekali opppsss sampai Africa uollls.Hahaha!Jadi bila dah sampai Africa haruslah nak jumpa geng2 dari Madagascar kan.Hahaha!


Uiksss jinak.


Yang depan real,yang belakang pun real.


Haaaa...tu diaa cik Zirafah dgn cik Zebra.Satu benda yang I suka kat zoo sini adalah tahap kebersihan.Bukan la cakap zoo kat Malaysia tak bersih tp kat sini mmg laggggi bersih dan tempat tinggal haiwan ni pun mcm agak selesa,terjaga dan luas tp yer la still terkurung.Nak buat lagu mano.Manusia nak bonding dgn diorang secara real karang sesedar masuk perut diorang.Jd dengan kewujudan zoo ni barulah manusia ni boleh bonding dgn diorang ni tanpa digigit.Hahaha!

Sebenarnya ada lagi binatangnya tp I pulak tak tersnap gambar entah buat apa tak tau.Kami ada pergi tgk harimau punya show.Punyalah sehat rimau sini,bulat je muka sesekor.Macam kau la mana yang tgk baca blog ni.Kikikiki.Dan kami pun ada naik tree house diorang yg memang menarik la kejadiannya.Tu pun tak snap gambar.

Dan disepanjang jalan2 tempat kita jalan tu pun kita boleh jumpa haiwan yg jinak dan tak mencederakan mcm iguana whatsoever tu segala.Biawak komodo tak sure ada ke tak haritu.


Ini pulak tugu family si Steve Irwin ni bersama anak isteri dan anak angkat diorang si croco (I reka nama)


Actually kami pusing dalam ni takdelah 100% jalan kaki sbb penat wooo kalau nak jalan kaki dari satu tempat ke satu tempat dengan panasnya lagi.Dont worry sbb perkhidmatan train ada disediakan dan pitt stop dia pun banyak.Rasa lazy ass tunggu je train amik.


Kalau burung tu mmg wajib ada dimana2 tempat gini.Layannnnsss!


Haaaa baru perasan haritu I tak nampak gajah.Samada mmg takde atau ada kami yg tak tengok tak sure.Tapi ni bukan gajah dan I lupa la binatang apa la.Aish!

Tapi kat area ni ada camel dimana sesiapa teringin nak naik camel tanpa perlu pergi timur tengah boleh la cuba.Hahaha!Tak kosserrrrr kami nak naik.

Dan selepas dah habis pusing,lepas tu lepas la kejap bebudak ni berlari ke sana ke mari,ke sini ke sinun sebelum decide untuk pulang.


Sesi beramah mesra dengan boya.Dari duk atas mulut boya dia masuk dalam mulut boya.TDS tak pergi sbb takut.Isk.


Dan ini bukan patung buaya tau tapi ini real punya buaya yang tengah berjemur nak bg tanned lagi kulit tu.Hahaha!Serious mcm bukan buaya betul.Static je duduknya.Sikit pun tak rasa nak garuk hidung yer la mana tau kot la gatal kat lubang idung tu.Ada resdung.Hihihi.


Dan budak yang sangat berminat tgk buaya sampai tak bergerak.Hahaha!Maka settle la cerita kami ke Australia Zoo.Taktau la bila nak dtg lagi.Tunggu TDS besar sikit la kot plus this is not the only zoo yang ada di Queensland ni tapi ada bannnyaaakkkkkkk lagi oiiiiii!Hahaha!Ok kita put in list la zoo lain2 tu.Put kat waiting list!Muahahaha!







1 comment:

Nastyna said...

oi giler buaya tu mampu kaku kejung selama mngkin tu kan.. hahahaha lawak betul. satg i bebel lag ok.. jap yer, ada gangguan.

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You