Allora - Queen Mary Falls

24 January 2015 ~ Join rombongan Cik Kiah dalam 5 families ke pekan kecil Allora.Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang hampir dua jam (kat sini takleh pecut sesuka hati) , melalui lebuhraya antara Toowomba dan Warwick.

Modus operandi rombongan ni adalah sebab nak pergi tengok bunga matahari.Ini sebab dah dua families dah pergi jadi ni semua kes dengki nak pergi jugak nih.Hihihihi!

Satu tips nak kongsi,everytime nak lawat apa2 farm pun kat sini,silalah rajinkan diri check website dan jangan pakai main terjah je.Sebelum2 ni mmg la selalu buat mcm tu tapi this time nasib tak berapa nak baik sikit.Nanti kita story kenapa.
  
 Check point kami yang pertama haritu berkumpul dulu kat KFC Indooropilly.Semua janji nak ada kat situ jam 8 pagi dan memang tak janji Melayu la sbb semua sampai tepat pada masanya.Hihihi!

Dan haritu pulak kami ada plan nak picnic,jd memasing bwk la apa2 juadah pun.Kira potluck la ni.Dan haritu I bawak spagetti carbonara dan bread pudding.Geng yang lain bawak nasik dan lauk2.



Mcm biasa la nak melalui perjalanan yg agak panjang jugak la bagi kami yang bawak anak kecil ni sbb bila anak start melalak sumpah rasa mcm nak terbangkan je kereta tu.Hahahaha!

Ini antara cara I nak bg dia tak bosan sangat duduk dalam kereta adalah dengan bagi buah.Jadi bila dah gerak tu I pun bagi la buah kat tgn TDS ni.Pastu senyap je tak bunyi suara.Memula kami ingat menikmati kesedapan buah.Tapi tup tup tgk belakang rupanya dia membuta.Hahaha!TND pun sama.Letak je dalam booster seat dia terus masuk alam mimpi.

 Jadi memang aman la perjalanan kami sbb diorang tidur hingga ke Allora.Time we all stop kat petrol pump si TDS jaga tp TND membuta until kitorang sampai ke Queen Mary Falls.Jadi dia mmg takde dalam gambar la kat sunflower pun farm.Adik je ada gambar.
 

Pemandangan biasa kat sini dikiri kanan jalan.Ini jugak laluan sama waktu kitorang nak ke Sutton last year.Trip last year ke Sutton pergi kutip epal dan strawberry.This year kita jengah kebun bunga matahari la pulak.

Ni semua pengaruh rakan sebaya.Actually my friend ada pergi dulu bawak family ke sini so kami ni mana tahan tgk gambar je.Haruslah nak join sekali.Bila check website katanya bunga tu akan berkembang until March.So plan la pergi 24 Jan.Kira ada masa la I settle hal rumah dulu sebelum nak join rombongan Cik Kiah ni.Kami satu family selamat tiba di Brisbane 16 Jan dan dalam seminggu tu Ya Allah banyaknya benda nak kena settle tambah lagi TND dah nak masuk sekolah.This time banyak sikit preparationnya sebab dah masuk sekolah rendah.Dulu kindy mcm tak banyak sangat benda nak disiapkan.Ok sambung cerita short trip kami ni.


Waktu kami singgah kat petrol pump dan waktu tu baru masuk area Allora ni kot,my husband dah cakap bunga dah layu la.I pulak tertidur so mcm caya tak caya jer la.Maklum la lagi percaya kat website tu.Kikikiki!

Dan bila sampai tu ternyata andaiannya benar belaka.Huwaaaaaaaaaaaaaa!!!Sedih wooo sbb tak dapat tgk yg mcm kat dalam gambar my friend tu.


Tapi bebunga tu mcm faham ni orang kampung mana ni dah kempunan takleh tgk sunflower so ada la jugak beberapa kuntum yg tinggal tapi itu pun dah mcm hidup segan mati tak mahu.Inilah antara kuntumnya.

Tak sekembang mcm time my friend pergi last two weeks.


Takpe la.Udah alang2 sampai kita bergambar la jugak sesikit.At leat adalah kenang-kenangan sbb kalau ingat nak datang balik mmg mcm tak jer.Hahaha!

Semangat tau pakaikan TDS baju color kuning sempena color sunflower.

Oh!Kuciwa!Kuciwa!

Dari Sunflower Farm kami pun meninggalkan pekan kecil Allora menuju ke Queen Mary Falls untuk sesi picnic sbb memasing dah lapar tambah lagi frust takleh tgk bunga,jadi double lapar pulak.

Queen Mary Falls tak jauh pun dari situ dalam setengah jam perjalanan kot dan moh ler menikmati lagi pemandangan indah kiri dan kanan di sepanjang perjalanan.

  
Cari port yang strategik untuk berpicnic dan solat.Kena makan kenyang2 sbb kita nak berjalan kaki pulak nak pergi tgk air terjun.Meriah tau makanan setiap orang bawak.Hihihi!Semua sedap2.

 

Melalui track yang dah disediakan tapi my family setakat separuh jalan jer sbb surrender tak larat nak heret dua orang ni.TDS mcm OK tapi kakaknya tak OK.Duk meragam takmau jalan kaki.Penat katanya.Siap nak duduk dalam stroller.Boleh bayang tak dalam hutan kau nak tolak stroller?Tak stress kami laki bini.Hihihi!So biar orang lain la pergi explore.Kami lepas tgk waterfall tu,terus patah balik.Kiranya tak sampai la kat spot yang baekkkk punya port utk ambik gambar.Hmmm....pasrah je la.


Budak paling happy.Ke hulu kehilir duk jalan.Jatuh bangun,tak nangis langsung.Bonding with nature betul la adik.

  

Cantikkan waterfall ni.Siap ada rainbow lagik.
  
Track ni la kami tak larat nak turun pergi then patah balik.Tapi geng2 lain sampai je sini.


On the way nak balik singgah jap kat Carr's Look Out udah alang2 ada kat situ.Menikmati pemandangan serious dah mcm dalam lukisan.Cantik sangat.Tempat nak bergambar ni pun mmg diorang nak provide.Memang port baekkk punya la.

 

See?See?See?


Ini laluan dah nak balik.Tenang je lalu sini.Bersihkan.Kita pun kat Malaysia ada gak laluan cantik mcm ni.Ala macam kat Kundasang,Sabah on the way nak ke kaki Gunung Kinabalu tu.Cantik juga viewnya.


Beberapa tempat kena lalu creek ni.I sebut creek sbb suami cakap mcm tu.Hihihi!Kalau salah bantai dia.Hahaha!Suami citer camp site tmpt dia kerja pun kena lalui ni jugak tp lagi dalam.That's why dia selalu kena drive 4WD.Tp dia ada beberapa had meter ketinggian.Kalau lebih had takleh lalu.Bila takleh lalu means haritu takyah kerja la.Best betul kerja flexible mcm tu.Hihihihi!

Jadi itu je la ceritanya.Lately mood mengarang tu kelaut betul.Nanti la kita bagi mood datang balik kot la makin rancak lagi lepas ni.Hehehehe!

Ok chow.

Assalamualaikum!

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You