Cerita dunia

Pagi ni buka FB bertalu-talu masuk news feed pasal piala dunia bilamana Brazil kena ganyang habis dengan German.Dan sama jugak tentang serangan Israel keatas Palestine.Pray for Gaza.

News kat OZ ni dua2 tunjuk.Sebelah Israel tunjuk sebelah Palestine pun tunjuk.Apapun sama2 la kita doakan saudara kita di Palestine yg menjadi mangsa kekejaman Israel.Semoga sentiasa dibawah lindungan yang Maha Esa.Dan part kita pulak jangan berhenti berdoa utk mereka.Sama juga di Syria dan negara2 yang mana umat Islam sedang ditindas.

Piala Dunia pulak I memang tak follow pun usai bkn minat bola.Kalau tengok yg duk sepak bola tu ada la jugak minat sesikit.Hahaha.Tak koserrr uolllss!

Esok cik Abe balik dari Adelaide.Ntah jam berapa sampai tak tau tapi dia dah sesiap list lauk apa yg nak kita masak.Amboi! Maklum la dari 1st Ramadhan kami tak iftar sekali.Dugaan betul.

Jadi udah I dgn sepupu je kat rumah ni pastu dia x makan byk pun jd I just prepare juadah simple je untuk berbuka.Simple tp kenyang.

Cerita psl juadah berbuka, bazaar Ramadhan yg org duk post ayam berulat la, keli berulat la, geleng kepala.Entah apa la yg difikirkan oleh peniaga2 ni.Tak jujur langsung nak berniaga.Kalau bulan Ramadhan berani buat lagu tu, bulan lain nauzubillah la.Nak kejar untung pun bkn tamat puasa mampu beli Ferarri pun.Berniaga biar la ikhlas.Ini sampai ada karipap inti sejemput tp jual mahal.Org yg membeli bkn perasan tp itu menipu namanya.Berniaga menipu mcm mana la rezeki nak berkat.

I ni pulak jenis jarang beli lauk kuih muih bazaar.Jarang sgt singgah bazaar sbb I takde effect pun one of my friend yg duk cerita nikmatnya beli makanan kat bazaar.Hahaha.Kau silap org la nak bg terliur bagai.Hahaha.Setakat ni I cuma craving keropok lekor je.Lain2 takde.Dan mak abah I pun memang dari kami kecik lagi diorang mmg jarang sumbat mulut kami makanan bazaar atau pasar malam.Usai makan kat luar pun jarang2 jd I ni mmg terbentuk dari keadaan tu.I dari awal kahwin jarang mkn kat luar dan mmg selalu masak sendiri je.Sedap tak sedap janji homemade.Hehehe.Actually makan kat rumah ni takleh nak consider as jimat gak sbnrnya.Jimat kalau kau mmg terhadkan bahan2 yg dimasak tu.Tp I dgn suami kalau makan kat rumah masak beria.Tak jimat gak sebenarnya.Kadang2 mkn luar pun boleh save kalau kita pandai manage.Cuma bila masak sendiri ni I rasa mcm dapat satu kepuasan walau penat sikit la sbb nak kena clear dapur pulak.Takpe2.Itu depends pd selera memasing So ada pro dan connya.

Lauk berbuka semalam.Masak lasagna.Suka buat ni sbb senang dan boleh kenyang gak.Tp takleh ulang selalu la.Dah la semalam gila punya grate cheese I tabur.Tak agak2.Memang heaven la time makan.Hehehehe.


Pemanis mulut pulak pilih yg senang jugak iaitu Puding Roti.Ini pun senang amat cuma semalam tukar resepi sket.Selalukan I buat puding roti guna susu cair tapi semalam susu cair takde so I tukar guna susu segar.Dan rupa2nya lagi sedap dan tak muak.Boleh makan sampai ulang dua kali.


Saje je la share recipe kat sini:

Beberapa keping roti ( carik2 kan)
Sultana (nak tabur kat atas)
1 cawan fresh milk
2 sudu susu pekat
2 sudu gula
1 biji telur
2 sudu tepung kastad
Esen vanila optional

Pastu custard punya kuah I guna yg ready made dlm kotak tu.Suka rasa dia yg just plain custard tak rasa manis langsung.

Puding roti tu bakar selama 20 minit pd suhu 180°c.Senang giler kan? Cuba ah.


1 comment:

rostina76 said...

emmmph!!!!dok tahu la cerita ceriti msia tercinta lately ni. muak, jelak, mual, lugai ada blake……btw kes palestine ni pun menghantui jiwa jugak la 2,3 hari ni. huhu!!!!sebak la tgk muka2 ahli syurga tu

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You