This is life ~

I just read a post when a friend of mine sharing this on FB.

Yeah!I couldn't agree more.This is harsh world. Hahaha!Harsh world just for certain peoples who putting their brain on their ass.

Taktau apa motif perempuan ni.Nak jadi fashion police agaknya.So what is the problem when u are wearing a shirt and there is a hole on the shirt?I don't think it is shameful at all.

Sesetengah orang mmg suka jadikan orang lain bahan jenaka diorang.To be honest I kalau tengok orang berpakaian pelik mmg kita tend to rasa nak ketawa tapi inapropriate la sampai nak post kat FB sebab I tak nampak pun apa yang pelik pada uncle ni.

Sebut pasal berpakaian pelik I pernah jumpa kat East Cost Mall Kuantan (bagi specific location terus) yang mana ada seorang perempuan ni pakai sleevless (baju takde lengan terus nampak ketiak tu,not baby T okeh),pastu seluar jeans and what make it worse adalah,dia berTUDUNG.Pitam sekejap!Hahaha!Tapi takde la I snap gambar ke apa cuma serious I takleh bayangkan apa yang perempuan tu fikir.Itu mungkin masuk tahap pelik dah kot.Kikikiki!

Tapi I syak itu mesti mangsa fashion yg tahap kronik sangat dah tu sampai dah takleh fikir apa benda yg dia nak pakai.


Balik pada topik,hmmmm,baru I faham kenapa orang cakap jauh perjalanan luas pandangan.Mungkin sbb benda2 remeh-temeh macam ni la.Hahaha!

Bila kita ada peluang berjalan ke tempat orang,kita mungkin akan lihat 1001 lagi kepelikan yang kadang2 tak terfikir dek akal pun.Dan lepas tu mmg kita pulak dah tak larat nak gelakkan kepelikan orang tu.Last2 kita pulak yang jadi malu sendiri.

Dulu I selalu ambik masa yang lama depan almari baju hanya untuk fikir baju apa yang sesuai dipakai,pastu nak match tudung la bagai.Paling teruk kalau nak keluar jumpa sesiapa baik kawan ke,sedara mara ke,pastu kita takut amat kalau kita terpakai baju yang sama.Bila fikir balik,apa masalahnya pakai baju sama,seluar sama kalau baju seluar tu kita dah cuci bersih dan bukan dari beli sampai masuk bulan ke tujuh still pakai tanpa basuh.Sigh!

Dan yes I pun pernah jumpa jenis mulut spesis patut kena cabai iaitu jenis yang tak agak2 tegur kalau kita pakai baju sama berulang-ulang.Bila fikir balik,apa yang kita nak kesahkan sangat.Hmmm....tetiba rasa bodoh sangat sbb pernah hidup dalam situasi takut sangat dengan persepsi orang lain.

Alhamdulillah kini sudah tak bodoh piang lagi.Kini I dah tak peduli dah apa persepsi orang pada I janji I bahagia.I dah taknak fikir dah benda-benda remeh-temeh sesak otak tu semua.Semua I dah buang jejauh.Skang ni I nak vibes positive je.Mana yang negative tu shoooohhhh main jauh2.

Jadi just nak story sikit pasal life dibumi Aussie ni orang sekeliling tak peduli pun kau nak pakai apa.Takat tgk uncle yg pakai baju ada lubang ni,diorang tak peduli pun.Sebab banyak kali kot I perasan jumpa orang2 sini especially yang kerja kat mall,dah dua kali I jumpa perempuan yang pakai uniform dan uniform tu mcm koyak terbakar sbb iron (still pakai dengan confident) dan satu lagi baju dia mmg koyak dan kawasan koyak tu kat bahagian yang amat ketara means mmg boleh nampak terus (and still pakai dengan confident).Dia tak peduli pun ada orang tgk atau tak.

Dan jangan pelik jugak kalau tgk org kat sini berkaki ayam sbb dah jd mcm budaya dia.Even kat shopping mall pun ada jer yang selamba berkaki ayam dengan tapak kaki hitam gila.Tapi takde orang kesah pun.Kalau kat tempat kita,mmg dah kena kutuk la tu takpun org pandang pelik.Maklum la kat tempat kita lagilah kalau nak pergi tempat exclusive sikit,pakaian kena la seswaiii!Kalau tak kena gelak.Hakhakhak!Kononnya kita ni ada standard la bagai.Dan teringat cerita seorang kwn yg pernah kena halau dari butik LV sbb dia pakai selekeh.Serious I rasa what the h***.

Nampak tak?

Datang shopping sini,awak tak perlu sandang designer handbag baru orang nak layan istimewa.No need!I pun masuk designer boutique ada la sebiji dua handbag designer tp ada masa I redah masuk designer boutique kat sini dengan handbag Roxy jer pun tapi diorang still bagi layanan 1st class kat I.Takde double standard.

Dan sebab tu I rasa lega sangat bila I dah tak perlu hadap manusia2 yang jenis kononnya nak tunjuk dia la seiring dengan trend.Phuih!Malas dah I nak melayan orang2 mcm ni sbb kadang2 psycho pun ada.Apa taknya,bila kita takde designer handbag dia perli,tapi bila kita ada,dia buat muka tak puas hati pulak.Hohoho!Sbb tu I rasa stupid sgt sbb pernah ditarik dalam kelompok tu dulu.Tapi sekarang tidak lagi.Phew!

Skang ada I kesah u nak bawak Chanel ke,Louis Vuitton,Salvatore Ferragamo ke (brand yg suka sgt dia sebut),kikikiki.Belilah kalau dah ada byk duit sgt tapi tolonglah takyah berdondang sayang depan muka I ni.Hambik sekali I beli jugak sebijik,senyap terus.

Balik pada cerita pelik,memula I jumpa orang berkaki ayam ni kat airport Changi,Singapore.Waktu tu dah nak balik Malaysia.Dan mamat berkaki ayam tu siap pakai kot bagai tp kaki ayam.Dari New Zealand rasanya.Pastu bila dah duk sini,hmm.mmg lagi la selalu nampak sampai Damia pun nak berkaki ayam sbb kat kindy dia kadang2 cikgu dia tak kesah pun nak main kat playground berkaki ayam.Tapi I jer tak suka pastu still paksa dia pakai kasut.

Jadi itulah hakikatnya.Dan perempuan yg bajet cool tu kalau tak silap Miss Universe kot.Tapi sayang la jugak sbb very unprofessional.Inilah orang kata pretty without brain.

Tak seronok pun nak hidup atas apa orang kata pada kita.Macam sekarang I rasa bahagia sangat.Hidup atas apa yang kita rasa selesa dengan diri kita.Dan I happy dengan kwn2 yg I ada sekarang tak kesah la real life or dialam maya sekalipun.

Skang ni bila I belajar menghargai semuanya walau sekecil perkara dan itu sebenarnya mampu buatkan kita akan rasa hidup kita lebih bermakna.

Dan yang penting sentiasa postive dan jangan cepat pandang serong pada orang lain.

Satu yg I belajar budaya kat sini,kau rasa tak puas hati dengan sesuatu kau booomm jer depan2 orang yang kau nak luah tu.So dengan cara ni kau takkan ditarik untuk mengumpat si polan si polan dengan orang lain.Lepas kau boooommmm dia,kau akan mintak maaf then jadi 0 - 0 balik.Tak ke bagus namanya tu so tak la susah2 kita kat akhirat nanti merangkak-rangkak nak jumpa balik dengan orang yang kita kutuk tu semata-mata nak minta maaf.

Itulah kekdahnya.Hahaha!Ada betul ke tak?


No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You