It's Saturday ~

Woke up early today walau dah pasang niat semalam nak sleep in until 9 am.Hahaha!Ntah jam berapa ntah si kecik Dian duk bebel berbuih mulut bangunkan semua orang.I yang tarik selimut nak panjangkan lagi mimpi tetiba bantut bila rasa basah kat tilam.Terus bangkit cepat2.Hmmm......Dian dah tinggal jejak poo poo dia kat katil.Diaper bocor banyak sangat buang air jadi bila poo poo jd double la kebocorannya.Phew!

Jadi lupakanlah niat nak sambung mimpi tu.Terus bangunkan semua orang.Hahaha!Dengki.

Jadi di pagi Sabtu yang indah ini kita isilah dengan aktiviti yg takde dlm list pun iaitu "Do Laundry".Sbb I dah buat a day before.Ish!Jadi mari kita semua bekerjasama.Suami pulak volunteer nak vacum rumah.Dah rimas sgt kot nampak rambut I banyak sgt kat carpet.Kikikiki.Inilah bila satu rumah ber carpet.Cepat jer nampak spot yg buat mata berbulu tu.


Mampu sambung tidur bila nampak muka si kecik ni?Hihihihi!Air liur menjejeh.


Dah settle menjemur baju kat ampaian,jenguk pokok kita jap.Bertumbuh dengan jayanya tapi pokok parsley dah R.I.P dah.Taktau mana silapnya.Tinggal mint dengan thyme jer ni.


Ini cacing.Besar hoi sesekor.Masa suami tunjuk tu I dah gelimak-gelimak dah.Ewww!Suami yg takde kerja duk transfer cacing dari belakang rumah letak kat pokok serai I yg mak tanam kat depan rumah.Motif dia nak takutkan anak sbb lately Damia suka sgt main korek2 tanah.Tapi yg pastinya anak cebik bibir jer.Dia tak takut rupanya.Choi sgt!

Hmm jd harini suami duk sapu dedaun kat laman while isteri fikir lauk utk lunch.

Alkisah minggu lepas suami sakit gigi yg mmg dh kronik sgt dah.Pergi klinik kat area rumah ni tutup pulak plus kena buat appointment dulu baru doctor datang tambah lagi hari Sabtu.So mmg wrong timing la.Lepas tu try pergi klinik lain pulak tapi doctor bagi antibiotik je.Suami mcm dah panas dah sbb ini sakit gigi yg telan pil tahan sakit pun tak jalan nih.Hihihihi.

Tapi walau sakit gigi sanggup lagi teman isteri pergi Guyatt Park ambik nasi kerabu yg ditempah 3 hari sebelum.Actually yg buat nasi kerabu ni org Kelantan.Satu bekas dia jual $5.Nasi kerabu daging panggang.Sebab sedap,I beli lagi satu bekas.Hoi!Isteri makan 2 bekas nasi kerabu while suami pulak makan hati tahan sakit gigi.Kikikiki!

Dari Guyatt Park terus ke Inala pulak sbb ada satu abang ni suggest satu klinik gigi kat situ.Murah katanya tapi suami pulak dah tak kesah dah mahal ke murah,janji haritu jugak selesai.Wah!Lepas suami call clinic set time tu jugak appointment segala,terus la kesana.

Sampai sana terus dapat giliran.Tapi lama kot tunggu process dia.Lebih kurang sejam setengah.So gigi sakit tu dibuang selepas suami kita refuse taknak buat rawatan buang saraf bagai to keep the teeth.Gila kalau buat tu sebab anggaran cost dalam $1000.Phew!Cabut satu gigi pun dah $200 lebih hampir nak $300.Pastu lega la si suami tapi masalah lain pulak lepas tu bila kesan cabut gigi punya pasal,dia kurang minum air masak sbb rasa tak best kot,dan mulut pulak pecah2.

Jadi sekarang ni dia makan pun ala-ala jer.Kesian pulak.


Jadi sbb suami still dalam tempoh pantang segala jd harini bikin spagetti Aglio Olio.Nasib Damia pun makan jugak so dia tak mintak la nasik ayam kicap lauk kegemaran.Hahaha.So today say no to rice.


Ngah masak spagetti baru teringat I ada lagi 3 keping lamb yg dah I marinate siap2 kat dlm peti.So grill jer ni.Ini ubat sakit gigi.Kakaka!Tapi at least suami makan la jugak.Tapi time dinner tu mcm manja sikit isteri dah potong siap2.Ops!Kantoi dinner pun makan benda sama.Hahaha!

Dah marinate hampir seminggu dan letak dalam peti bahagian sejuk beku,mungkin daging dah sebati sgt kot dgn sos marinate tu,jd bila grill tu kejap jer daging dah empuk plus mmg daging sini tak keras pun.Kikikiki!Jadi sedap la pulak.Eh stok dah habis kena refill balik ni.


Ini kakak besar makan sambil tengok tv tp kesian tgk adik dia yg terkebil-kebil terliur tgk kakak makan.Sebelum I snap pic ni,boleh Damia hulur2 sudu tu kat mulut Dian.Si kecik ni pulak tak padan umur baru 5 bulan,ternganga-nganga nak ngap sama.Nasib I nampak.Terus Damia kena tegur.Tapi part ni kelakar jugak sbb mata si Dian asyik duk follow sudu Damia tu so dah macam kucing yang geram tgk tikus pun ada.Sangat kesian kat si kecik ni.Sampai juling-juling mata adik.Heh!

Lepas tu after zuhr,terasa nak makan kuih puleksss.Amboi selera tak agak2.Jadi memandangkan 2 hari lepas ada orang tu request nak bubur kacang tapi makan satu mangkuk jer ingat bolehlah habiskan at least separuh periuk,  jadi ada lagi la leftover bubur kacang.Satu tupperware tu sbb I tak reti nak agak nak masak byk mana.Memula I ingat kalau tak pecahkan telur kat dalam,so I boleh buat ice cream bubur kacang.Tapi sampai sudah tak buat until bubur tu dah transform jd bubur assyura.Hahaha!Ini kes masuk byk sgt santan so bubur I tu jd likat satu macam.


Waktu pepanas tu jer menepati spesifikasi.Kikiki.After a while jd makin likat.

Jadi bila takde org nak makan terus masuk esbok.Jd td I keluarkan balik mmg mcm bubur assyura la.Kakaka!

Jadi tadi yg terlintas kat otak adalah nk buat kuih kasturi.1st time buat kuih ni.Sblm ni just beli jer.Selalunya kuih kasturi ni senang nak dapat kat gerai2 yg jual pisang goreng.Sebelum ni I tak pernah rasa nak try makan jauh sekali nak beli kuih tu sbb I ni bukan big fan bubur kacang dan seangkatan dengannya.Satu lagi sbb kuih tu rupanya tak menarik sangat.Entah mcm mana ada satu hari tu I cuba rasa,sekali sedap rupanya kuih tu.

Jadi tadi dengan bantuan pak cik google,cari method nak buat jer lepas tu improvise sendiri sbb pepaham la leftover dari bubur kacang.Sbb kalau ikut resepi asal siap taruk kelapa parut bagai.Pastu tepung yg nak goreng tu pulak kena campur kapur tp kat sini mana la nak cari kapur tu.Nan ado.Kelapa parut pun.Coconut flakes ada la.

Bubur kacang tu I tambah gula sikit dgn tepung nak bg mudah nak bentuk-bentukkan nanti.Tapi kacau dengan api kecil nak bg kering sikit taknak ada air kalau boleh.Dah siap,I bentukkan so dip dlm  tepun nak goreng tu (tepung + kunyit + garam).Tu jer.Ni resepi hantam sajalah ni.


Jadi inilah my KUIH KASTURI untuk minum petang.Kalau ikut tak habis pun makan tp rupanya rezeki my friend yg ada datang rumah td sbb nak pinjam periuk kukus I sbb esok dia nak bikin pulut kuning.Yeay,esok dapur tak berasap sbb esok lunch kat rumah my friend.Dia nak balik Malaysia bersalin so dia buat makan sikit la before dia balik.Just makan kecik2 je jemput teman2 rapat.

Itu jer la cerita hari Sabtu.Kikikiki!Daaa!

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You