Cerita kelahiran kedua

Genap 39 minggu,pada tarikh 24 September 2013,our second bundle of joy selamat dilahirkan di Kuala Terengganu Specialist Hospital dengan berat 2.91 kg (Damia dulu 2.54 kg).Masih lagi disambut doktor yang sama sewaktu melahirkan Damia dulu.Kelahiran not so gentle tapi ok la sebab no drugs involved.Time Damia haritu kena induce but this time secara natural la keluarnya tanpa bantuan walau dipecahkan ketuban.Kalau nak gentle birth haritu,wajib kena tunggu jer dulu tapi I is tak sabar dah.Hahaha!Tak sabar nak tengok Little Dian.So welcome to the world Tengku Dian Soraya Tengku Syaaree.I ingat dah bersalin sama tarikh dengan birthday abah kita 13 September,tapi tidak yer kawan-kawan.Oh!

Maka bermulalah “confinement” selama 40 hari.In sha Allah akan berusaha untuk berpantang dengan konsisten sekali.Azam tu.Diulang,40 hari hokkey!Semangat waja tu.Hihihihi!

Sekadar nak isi masa,I akan ceritalah saat-saat nak deliver Dian.Nak baca,baca,taknak,skip.Hohohoho!

Hari Selasa,24 September 2013,time bangun pagi tu firasat hati kuat mengatakan “Today is the day” “Today is the big day”,sebab malam sebelum tu I dah rasa pedih2 kat bahagian bawah tu seolah-olah ada something yang slowly nak terkoyak.Tapi that night,minor contraction tu tak rasa langsung.Tak macam seminggu sebelum tu,memang I rasa sangat iaitu macam senggugut tiap kali period.

Tapi lepas Subuh tu,contraction sikit-sikit tu datang balik.Bila my mum datang ke bilik tanya I nak keluar tak harini,laju jer jawab ajak pergi Giant beli barang.Actually I takde apa pun yang nak dibeli tapi niat dihati nak berjalan,biar lagi cepat bersalin.

So lepas hantar Damia ke kindy,had my breakfast dekat Restoren Nasi Kerabu kat Jalan Pejabat Kuala Terengganu.Pagi tu makan nasi lemak dengan teh tarik tapi tak habis sebab otak duk fikir rasa sakit senggugut tu yang dah macam kerap je datang.Dalam setengah jam rasa sekali tapi dalam 10 to 13 seconds macam tu la.Tak lama.Lepas tu pergi rumah my cousin amik my aunt yang nak join sekali ke Giant.

Sampai kat Giant berpecah.I jalan bawak kaki jer.Tak tahu pun nak beli apa.Tapi jalan pun kejap2 kena stop everytime rasa contraction tu.Rasa pedih kat bahagian bawah tu pun makin menjadi2.Ngilu sangat.Hiks!Macam scary jer tapi this time I memang dah mentally and physically prepared.Contraction yang sikit2 tu dah makin terasa dan datang every 30 minutes.Balik dari Giant pergi Klinik Muslimah kejap untuk check up Damia.


After zohor I tidur jer sebab tak nak fikir rasa sakit tu.

Bangun dalam jam 5 petang,nak solat Asar,boleh tahan rasa sakit especially kat bahagian pinggang.Gtau my mum,dia pun cakap kalau sakit sangat pergi hospital la tapi I refuse sebab Dr.Yusuf cakap kalau ada tanda or pecah ketuban baru datang hospital.Tapi rasanya kalau rasa sakit sangat2 pun kena pergi jugak rasanya dan if the baby not moving.Memang kena cepat2 ke hospital.

Tapi sebab I rasa boleh bertahan lagi plus dah discuss dengan doctor kalau boleh nak elakkan dari di induce.Haritu ada jugak mintak nak induce kononnya nak bersalin awal.That time dalam 37 weeks rasanya.Tapi bila doctor cakap ada risk kena c-cer kalau lepas induce tak dilate.Dan dan time tu terus cakap sanggup tunggu.Hahahaha!Walhal sebelum tu hari2 duk ulang cakap nak bersalin awal macam time Damia dulu at 37 weeks.

Dan petang tu check ada keluar tanda darah coklat.So petang tu jugak pergi ke hospital.Jumpa Dr.Yusuf kat ground floor kebetulan dia dah nak balik,then dia terus cakap admit la tapi dia nak balik rumah dulu.Nanti dia datang balik.Ewah!Time tu dalam 6.30 petang macam tu la.

Pastu dah daftar semua,kedek-kedek naik wheel chair staff situ tolak terus hantar masuk labour room.Masa tu abah dengan makcik I je teman.My mum tak datang lagi sebab settle Damia dulu.Budak kecik tu baru bangun tidur,mood tengah swing sangat lagi.Hahaha!

Bila masuk labour room,abah dengan Long (mak cik kita) kena tunggu luar.Takleh masuk lagi.I pun dah ada pengalaman time Damia dulu,masuk jer la dulu.Dan ya,the same labour room waktu deliver Damia.Time tu dah start rasa cuak dah tapi tak la dup dap dup dap sangat.Suami dah dihubungi awal2.Seperti biasa,Ariey tu asal I nak bersalin je gelabah dia memang luar biasa la.Jap-jap nak call tanya progress.Tapi takleh salahkan dia jugak.Dah la dia tengah rasa bersalah gila sebab disaat I nak bertarung nyawa bersalin,dia nun jauh di Mackay,Australia.Dia kena out station 2 weeks.Nak cabut balik Malaysia,time raya haritu dah pulun cuti sebulan.Tapi I ok jer.Supermom katakan.Cis!I redha jer dia balik sana.Lepas tu hari2 motivate diri sendiri cakap “Everything will be OK”.

Sampai masa kena tukar baju hospital,kena masukkan ubat paksa “membuang” dan part paling I trauma adalah VE.Selamba terus-terang dekat nurse tapi punyalah bagus nurse tu,mungkin sebab dia pun dah macam pangkat mak-mak,dia pujuk I dan cakap kalau I relax,everything will be OK.Then I ingat pesan Ibu Yang Garang yang mmg dah expert tu (sebab dah beranak 4 kan),”Kau relax jer.Kalau kau gelabah confirm sakit”.So I try relax then buat2 fikir benda yang best2 jer.Sekali lepas nurse buat VE tu,orait jer.Tak sakit pun.Wahahahaha!Tapi rasa ngilu jugak laa sikit.Wah!Nakkkk jugak.

Call abah suruh dia balik dulu sebab rasa macam lambat lagi nak bersalin.Memandangkan rumah my cousin dekat jer dgn hospital so abah pergi solat maghrib kat sana.

Lepas tu as usual,kena buat CTG.Tapi condition baby OK jer time tu.Tak macam Damia dulu.Mungkin sbb ketuban pecah kat rumah kat rumah,so baby dah mcm stress dah.Hihihihi!Tapi kali ni,smooth jer perjalanannya.

Then berkumandang la azan maghrib dari masjid berhampiran.Time tu duk fikir gak,tadi keluar darah tapi teringat ada ceramah seorang ustaz ni,dia cakap kalau air ketuban kita pecah then masuk waktu solat,kita wajib solat.Tapi I keluar tanda darah dan bukan pecah ketuban tapi still rasa was-was jugak.Last2 mintak kat nurse nak solat maghrib jugak.Lepas ni I try rujuk orang yang lebih arif pasal ni.Nurse pun siapkan tempat solat kat tempat menyusu baby.Tapi time tu dah mula rasa contraction yang makin kerap Cuma takde la sampai every 5 minutes.Still tak ganggu solat.Still lagi boleh doa mintak Allah swt permudahkan urusan pada hari itu.

Lepas solat sempat lagi buat lawatan tapak dalam area labour room tu.Habis note 5S diorang I baca.Bagus sangat.Lepas tu duk kat kerusi sebelah nurse,duk interview nurse selidik kat nurse tu dulu sekolah mana.Hahaha!Sempat lagi.Nurse siap tanya,tak rasa sakit ke?Huish!Gila tak sakit.Dah rasa every 10 minutes dah datang sakitnya.Tapi sakit yang muka I still boleh senyum lagi la.Siap main Ipad,siap snap muka sendiri yang ngah baring atas katil kat dalam labour room tu.Tapi I tak buat status kat FB before deliver tu.Entah.Rasa semacam pulak kalau nak updates every single thing.Hahaha!Paranoid sangat.

Dalam jam 8 malam nurse panggil suh naik atas katil nak buat CTG katanya.Duk la atas katil until masuk Isyak.Time tu dah dalam dilemma.Nak solat ke nak tunggu dulu.Kalau tak solat time tu takut jap lagi nak terberanak.Sebab waktu nurse buat VE for a second time,I dah dilate 3 to 4 cm macam tu la.Dah call akak tanya,dia cakap lambat lagi kot.Gtau parents,dengan confidentnya diorang cakap lambat lagi.Entah2 esok baru bersalin.Tapi kalau tanya nurse kat situ,confident dia cakap,malam ni settle.Hahaha!

Dan waktu solat Isyak tu,contraction time tu I dah rasa nak nangis.Sampai dah tak mampu nak bercakap dengan suami.Dah siap mintak ampun dah time tu kalau ada salah dan silap selama 6 tahun berumahtangga.Hihihihi!SMS suami tak usah cakap la.Jap2 masuk SMS dia.Dia SMS je sbb I cakap taknak talk via phone dah.SMS jer.Dan memang time solat Isyak tu,masuk rakaat ke 3 dia datang sakit tu sampai terketar-ketar dah badan.Selesai solat terus masuk labour room.Tetiba diorang switch nurse.I terus gelabah siap panggil nurse yang mula2 tu dan siap tanya, “Akak taknak tunggu saya ke?”.Memang time tu nada I sebak gila.Parents tak muncul2.Pastu nurse yang baik hati tu pujuk lembut kita cakap kawan2 dia akan pantau dan jaga I pulak.Don’t worry katanya.

Pastu datang sorang nurse muda cakap nak dipecahkan air ketuban.Nasib akak kita dah cakap pecah ketuban tu tak sakit.Kalau tak dengar la suara serak2 merdu nangis terhingguk-hingguk sama macam waktu Damia dulu taknak bagi buat VE.Hahahaha!

Lepas dipecahkan ketuban,I dah dilate 9 cam.Oh man!Cepatnya.Hahaha!Dan I pun dah dup dap dup dap bila semua nurse kat dalam bilik tu kelam kabut bersiap.Dah macam kat ER dah rasa tapi muka kita still maintain senyum lagi.Nurse tanya lagi,awak amik epidural ke?Muka selamba je.Hahaha!Mana ada ambik apa2.Siapa cakap tak sakit.Sakit yang I rasa dah tahap nak mengucap dua kalimah syahadah dah ni pun.Hadoi!

Lepas tu kedengaran la suara Dr.Yusuf masuk.Kemudian berulang la buat kali kedua pengalaman time Damia dulu.Hihihihi!Dengan semangat dari suami dari kejauhan la,I pun bersemangat la untuk menempuh saat genting ni buat kali yang kedua.Kena ikat kaki.Hahaha!Dah disuruh push,4 kali push,Alhamdulillah.Tutup mata rapat-rapat,bila rasa hangat kat bawah tu,bukak mata,yes,the baby dah ada kat atas perut I.Alhamdulillah.Ku panjatkan syukur yang tidak terhingga.Lepas tu call suami.Terkejut dia sebab I selamat bersalin tepat jam 9.28 malam tu jugak.Dia pun dah rasa lega yang amat.Time tu baru selesai solat hajat dan baca yassin katanya.Dan I pun called parents.Dan memang semua terkejut.I lagi la hangin,boleh diorang time tu baru lepas dinner kat restoren Arab sebab confident yang I lambat lagi nak bersalin.Lagi expert dari doctor buat telahan.Sabooorrrrrrrrrrrrrrrrr jer la.Jadi this time,memang bersalin dengan ditemani nurse dan doctor jer la.Family?Sorang takde T_____T Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!Dan untung jugak bersalin haritu sebab I jer the one and only yang bersalin pada hari tu so semua orang macam focus jerk at kiterrrrr!Hewhewhew!

My first visitor malam tu Nadia.Lepak sini sampai kol 12 lebih rasanya.Thanks Nadia coz sudi datang.Nadia pun dah tak lama nak tukar status to Dr Nadia.

Banyak benda la duk bercerita malam tu.


Malam tu takleh lelap mata.Sindrom sama waktu bersalin Damia.Mungkin sebab rasa macam percaya tak percaya kot dah selamat melahirkan baby kedua.Dan rasa teruja pun ada sebab tak sabar nak tengok baby esoknya.Masa baby keluar tu,mood nak pegang tu takde lagi.I mmg selalu macam tu sampai nak kiss pun nurse kena remind.

Boleh macam tu.Hihihihi.


So malam tu layan HBO tapi bosan sebab ada Jim Carrey.I dari dulu mmg tak suka tgk dia tu berlakon.Mengada terlebih plus muka dia rasa macam annoying sgt.Tapi I annoying kat dia sejuta kali pun,dia tetap jugak kaya-raya kat Hollywood sana.Hahaha!



Inilah bilik tempat bermalam kita malam tu.Sajer ambik bilik besar sebab dah tahu sangat peel family.Datang melawat orang bersalin ke,sakit ke,selalu macam parti dah gaya.Siap tapau pisang goreng bagai,diorang duk melepakssss reramai.Bising hoi!Hahaha!Ini based on pengalaman time Damia dulu la.Tak main datang kejap2,datang melawat mcm datang kerumah.Hahaha!Itulah bestnya family kitewww!

Bilik kali ni yang I ambik,ada mini kitchen tapi takde la boleh memasak ke apa tapi bolehlah family nak makan,minum coz diorang provide small dining table,pinggan mangkuk segala.Orait la.Dan peti ais dua pintu lagi.Hahaha!Dulu I put uri kat dalam peti ais.Hahaha!Tapi this time no need sebab uri pihak hospital uruskan.Diorang cuci segala,kita bawak balik tanam jer.Senang.



My parents dengan Little Dian.Ini dah tak fresh from oven dah nih.This time nurse hantar siap mandi,rambut cantik punya nurse sikat.Hihihi!Dah wangi2 dah bau.Tapi this time Dian dah minum susu mooo mooo.Takde rezeki susu badan lagi.Nehi!Tapi lepas urut,melimpah-limpah.Hihihihi!

Tak lama lepas tu ada nurse datang bawak hadiah.Dapat la susu free satu tin,dengan tupperware.Motif bagi catalog tupperware?Hahahaha!My mum jer yang teruja duk belek.Kikikiki.Lepas tu ada la gift2 lain tu.Towel...bla bla bla.This time tak dapat hamper.Sebelum ni diorang bagi hamper T______T.


Ini la I punya aunt yang jaga kite malam tu.Tapi my aunt ni tidur serupa tidur kat rumah.Ini jaga orang sakit ke atau jaga diri sendiri nih?Hahahaha!Tapi memandangkan buat juga EPI tapi minor,so I takde masalah pun bangun pergi toilet sendiri.Tak macam time Damia dulu,all the time nurse kena bantu.


Waktu ni Damia macam antara percaya dengan tak dah dapat adik.Hihihihi!


Ini mommy a.k.a my mother in law dengan ipar datang melawat.Tgk gaya pun dah macam lepak kat rumah dah.Hihihi.
Ini lagi teruk.Memang dah macam kat rumah terus.Bergembira sakan.Ini sebelum Tengku Sayf dan Tengku Anasha sampai.Sampai lagi dua askar,Ya ampun!Takleh tidurrrr aku.

Tapi lupa pulak nak snap pic family berkampung menjamu selera minum petang kat sini.Santai habis.Sabor jer la...............


No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You