Ramadhan,pregnancy & practical training

Ramadhan kembali lagi.Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan olehNya untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini.Alhamdulillah syukur.

"Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al Mubarak 1434H pada seluruh ahli keluarga dan sahabat jauh dan dekat baik yang physically jumpa atau hanya di alam maya.Chewah!!"

Dan tahun ini juga Ramadhan yang kedua ditempuh dalam keadaan berbadan dua.Waktu Damia dulu tahun 2009,berjaya berpuasa penuh.Time tu pregnant 8 bulan.

Tak ada petua sangat pun,just jangan skip sahur.Itu sahaja.Dan baru-baru ni aku jugak berjaya puasa ganti 8 hari.Alhamdulillah.Ikut plan nak ganti awal tahun tapi bila dapat tahu pregnant,tangguh dulu until rasa dah cukup kuat,terus ganti.Alhamdulillah berjaya juga ganti semua.Lega sangat.

Sebelum tu mintak advice gynae,dia cakap takde masalah pun nak puasa tapi jangan tak sahur.Tapi jangan paksa diri kalau tak mampu.

Just fikir positive,I can do it and relying to Allah swt.In sha Allah.Dan sememangnya DIA permudahkan segala urusan itu.

So hari ni 1st Ramadhan,bangun sahur dan this time dah start minum ESP Shaklee.Ini persediaan untuk BF after deliver nanti.In sha Allah.Moga niat aku untuk fully bf diperkenankan olehNYA.Dan sebelum tu,usaha dulu mana yang patut.Dah ada yang cakap try ambik ESP Shaklee,so aku cuba la walau testimonial yang aku dapat,ada berjaya dan sangat berjaya,ada yang so-so je tapi still puas hati,dan ada yang tak berkesan pun.

Pada aku depends pada individu dan penerimaan badan masing2.Setiap orang tak sama.Aku percaya tu.

Dan kali ni aku refuse terus nak ambik Herbalife.Bukan produk tak bagus,tapi bengang dengan penjual dia tu.Duk kejar sangat kau punya reward,nak aku ambik sampai RM2500 konon buat stok,last2 aku decide goodbye je la.Aku mmg dah consume sblm ni,OK pada badan aku cuma benda2 remeh mcm ni aku rasa potong angin terus nak consume.Tak kisah la org nak cakap apa pun.

Mana sikit2 lagi yang tinggal dalam bekas aku dah buang semua.Aku ganti dengan ESP Shaklee pulak.Kesan taktau lagi sbb baru 1st day cuba tapi niat tu mmg more to preparation untuk BF nnt.Slim,slim tak fikir sangat sbb aku kalau pregnant makan bukan macam nafsu gajah semua benda nak makan.

Sekarang ni pun dah masuk 28 weeks (7 months),berat aku baru je naik 4.5 kg.Gynae yang check aku every month tu pun cakap dia dah puas hati dah walau tak byk naik sbb katanya condition lain semua OK.HB ok je tak pernah bawah tahap risau.So takde apa yang perlu nak dirisaukan.

Makan memang aku jaga juga.Banyak makan buah-buahan,minum susu Antenatal walau ada yg advise jangan minum sbb boleh tambah berat la,baby jd besar la,tapi utk condition aku,semua menunjukkan keadaan normal dan seperti yang sepatutnya bagi wanita mengandung.This time pregnant aku takde isu kencing kotor lagi.Dulu waktu pregnant Damia mmg kena dan biasanya bila doktor cakap ada,aku banyakkan minum air barli dan air kosong.Itu je petua untuk diri aku dan berkesan untuk aku.

Pengambilan nasi pulak,terhad 1 kali atau dua kali tapi aku jarang makan nasik bertambah.Aku lebihkan lauk macam banyakkan makan ikan,daging,ayam dan sayur.Lepas tu snack sblm tidur,secawan milo,secawan susu,1 roti bun atau beberapa keping biskut dah cukup.Tidur lena sampai pagi.

Fastfood jarang makan.Takde pilihan sangat baru makan.Tapi kalau boleh elak aku elak.Air bikarbonat,rasanya dah bertahun-tahun aku tak sentuh.Process food pun kalau boleh elak,aku elak.Takde lauk sekalipun,nasik + ikan goreng + telur pun orait.Hihihihi!

Makan luar dah jadi macam penyakit pulak pada aku.Penyakit tak selera.Taktau la.Takde pilihan,paksa makan jugak.

Segala vitamin doctor bagi aku tak skip.Makan ikut aturan dan kali ni tak banyak beza sgt dengan Damia dulu.Set Salindah still ambik,fish oil ambik cuma tukar pada Neurogain tapi time Damia dulu jenis lain tapi lupa nama apa.Pil mengandung dulu time Damia ambik Prenavit so kena top up asid folic tapi this time ambik Ganilia,semua dah cukup.

Kurma,kismis,buah delima pun elok diamalkan.

Cuma yang sama dulu dan sekarang,until now still selalu nak tercekik jugak tiap kali makan ubat.Mau tak cekik,pil besar gedabak.Stress aku.Nasib la semangat kental.Obimin aku tak mampu ambik.Sempat ambik 2 hari je,lepas nafsu makan tetibe bertukar jadi macam nafsu dinosour,terus surrender.Ambik Ganilia balik.

Dan pregnant kali ni waktu tidur aku cukup2 yang sepatutnya je.Sedaya-upaya aku elakkan tidur petang.Kalau penat sgt baru aku tidur,tp kalau penat sikit2 aku sanggup buat kerja lain untuk kill the time.Punyalah takmau tidur petang dan bangun pagi pun mesti awal.Paling lewat aku bangun tidur lepas waktu subuh tu,aku mesti kena bangun around 9.30 pagi.Kalau tak badan jadi lemah,otak lembab nak mampp....hihihi.Tak efisien la senang cerita.Hahaha!Bila praktikal ni,bahagia je bangun awal.Rasa seronok.Weekend pun bangun awal jugak.

Dan tahun ni aku gigih jugak berniaga biskut.Hohohoho!

Dan start puasa ni,ofis bagi balik awal.3.30 ptg dan boleh balik.Bahagiakan?Hahahaha.Terus semangat pergi kerja.Sebulan setengah je lagi tinggal tempoh praktikal.Owh!Tak sabar.

Panjang pulak bebel.Ok la semua.Sampai sini dulu.Assalamualaikum!





No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You