Surfer Paradise,Gold Coast - Part 2


Ok sambung balik entry yang part 1.Hihihihihi.

Macam aku dah cerita kalau datang Surfer Paradise ni tempat dia tak lebih daripada pergi cuci mata a.k.a window shopping,habiskan duit dengan shopping,tengok gelagat orang,jalan-jalan tengok tempat dia la.Itu saje.

Surfer Paradise ni adalah berdekatan dengan pantai.Maka moh la kita ke pantai pula.

Nak ambik pic night market yang ngah set up tu tetiba lalu pulak taxi ni.Hihihihi.Aku point kat night market tapi Ariey dia nak suh nampak papan tanda Surfer Paradise tu.Mana-mana la.

Seperti biasa kat sini mmg setakat ni aku tak jumpa lagi pengemis atau homeless yang tidur tepi jalan.Biasanya kalau yang mintak duit kat tepi jalan mesti diorang akan do something macam play any instruments atau tunjuk skills yg ada.Biasanya buat magic la.

Damia sepatutnya just letak syiling dlm beg pakcik tu tapi nak jugak dihulurnya.Terpaksa la pakcik tu stop main semata nak ambik duit dari tangan budak kecik tu.Hihihihi~


Happy sangat tengok burung.Burung kat sini pantang nampak makanan.Jinak pun ye jugak.

Muka seronok dapat kejar burung.

Night market.Time ni semua mcm busy ngah set up barang-barang.Kami malas nak tunggu.So tak tahu la macam mana keadaan time malam tu.Hihihihi.

Lelaki berbaju hitam dua orang tu kemain beria bagi roti kat burung.Bila dia pandang Damia,terus datang hulur roti.Tapi zupppp............pantas je budak kecik tu masuk mulut roti tu makan.Tergelak dua orang ni tgk keletah Damia.Sabor je la.

Chasing the birds.Kononnya la.Bird datang dekat,cabut lari.

Dah penat main dengan bird,kita g shopping la dulu seround dua.Ewah!

Aku masuk butik Roxy.Takde la sales gegila tp bila tgk harga tu,huhuhuhu,tak tahan beb.Suami pulak offer,beli la nak beli apa pun.Aku ni ibarat orang mengantuk disorongkan bantal,terus la sambar apa yang patut.Hihihihi~

Lepas tu pusing-pusing area situ tak tau cari apa.Hahahaha!

Pastu tetiba Ariey ajak cari butik LV.PAkcik ni biar betul.Kataku dengan penuh harapan.Ting!Kerlipan cahaya kat mata.Bersinar beb!

Daughter chasing her daddy.Pulak dah.

Tapi otw carik butik LV tu,sempat pulak singgah dulu sini beli t-shirt dia.Satu untuk aku,satu untuk budak kecik.

Butik LV tu berjaya masuk tapi skill pujuk nak beli tu tak berjaya.Suami cakap bulan 1.Wooooooo!Nangis.

Tapi takpe la.Tak dapat pun takpo.Coach aku tu tak sampai lagi sebulan dah merenyam nak handbag baru.Itu la perempuan.Suka ikut nafsu.Dan dan tarbiyah diri sendiri.Hahahaha!

Tapi staff kat LV sini sangat la friendly.Diorg siap bagi Damia play Lego sbb takmau anak ganggu parents ngah shopping.Ewah!

Kalau kat Malaysia,pakai selekeh masuk butik dia,siap la staff dia pandang kau atas bawah.Hihihihi!~

Tapi......ada aku kesah?Hehehe!Tak jual sudah.........................sambung sendiri.

Dah pusing satu Surfer Paradise,perut pun lapar balik.Cari kedai kebab,jumpa yang ini plus ada tanda halal.Sekali tengok ada jual pizza so beli pizza je la.Masuk kereta aku dgn Damia yang duk nyum,nyum makan.Ariey taknak sbb nak makan maggi katanya kat rumah nnt.Mana-mana la.Ok.Itu sahaja.


No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You