Harini hari Isnin

Sesak betul la kepala otak minggu ni nak menyiapkan assignment.Siap 1 tadi ada 3 lagi on the way.Macam ni la life as a student yang tak berapa nak cemerlang.Lagi tinggal seminggu je lagi sebelum final.Aduh!Jiwa kacau!Jiwa kacau!

Lepas habis kelas Strategic Management td terus pergi library.Bebudak tu tunggu kita kat sana.Dah janji nak buat assignment secara berjemaah harini.Port yang diorang pilih mmg baikkkkk punya la.Kat tepi bangunan dimana ada tiga plug yang masih mampu memberi khidmat,port lain harap kerusi meja je best,plug nak sambung dengan wayar laptop banyak yang out.Tolong la UMT!Tolong la baik pulih plug tu segala.Hakikatnya bukan semua student sanggup duduk study atau buat assignment kat dalam library.Sejuk kejung weh!Hahaha!

Tapi satu je yang tak best port tepi bangunan ni sbb panas dia tu hanya tuhan je tahu.Sekali-sekala je yang best bila datang angin sepoi-sepoi bahasa sampai time tu jugak mata rasa layu semacam.Kalau dah dasar suka tidur tu kan?Tepi bangunan pun mampu lelap.Kau mampu?

Cuma tadi ada la conversation bebudak ni yang buat kita senyum sorang-sorang.

Jet:       Panas wess!Doh la pakai baju color itam.
Kita:     Kak Fi lagi panas,pakai baju merah menyala.
Aiman: Ala kira orait la tu takat pakai baju hitam rasa panas.Abis aku ni kulit dah hitam lagi la rasa.

Hmmm...Aiman...Aiman.Takpe la kulit gelap pun.Hitam tu kan menawan.Hihihihi!Macam-macam la.

Ok.Itu je pun.

Bai!


Harini pakai baju merah lagi.Naik kereta merah pakai baju merah.Kita kasi silau mata bebudak UMT harini.Haks!

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You