Pizza San Francisco

Kadang-kadang rasa macam blog ni dah jadi blog makanan pulak.Tapi takpe la.Bila takde apa yang nak diceritakan,cerita pasal makanan pun OK!Hihihihi!

Dulu waktu kami menyewa dekat Bukit Jelutong,takdenya rasa nak masuk restaurant ni.Jujur cakap mmg tak pernah jejak pun.Tapi bila dah tak stay kat Shah Alam,baru teringin nak cuba.Pizza San Francisco ni letaknya di lot paling hujung dan paling hampir dengan Petronas Bukit Jelutong.Tak susah pun nak cari.Dari jauh dah nampak signboard dia.Hahaha!

Seperti biasa budak kecik yang sentiasa teruja dan seperti biasa juga no need to order apa-apa,sebab budak kecik ni mmg tak makan punya selain dari nak kacau orang je kerja.Walau nama pangkal restaurant ni ada word PIZZA,tp kami tak pernah order pizza kat sini.Sbb kalau nak mkn sgt pizza,Domino Pizza pun ada kat area sini.



Menu yang pertama kat atas adalah salmon dan mmg tak lain tak bukan confirm abah yang punya.Pilihan dari dulu hingga kini.Entah apa la yang sedap sangat dengan salmon tu.Mmg fav dia tapi kalau offer dory fish confirm dia reject.Ntah apa yang dia tak suka sgt dengan ikan tu pun tak tahu la.Cuma yang pasti dia akn cakap tu ikan sungai.Ikan sungai kat Malaysia pun dia tak makan.So kalau betul la dory fish tu mmg ikan sungai,so no wonder la abah kita reject.Tapi dia makan fish and chips.Naluri kita kuat mengatakan ikan tu pun asalnya ikan dory jugak tapi bila nak question je mesti tersekat kat anak tekak sbb risau jugak buatnya abah kita tu tetiba stop makan.Ngheeeee!!

Pic makanan yang kedua tu mestilah kita punya.Kalau datang sini,menu pilihan kita mestilah spagetti Chilli Gamber.Combination spagetti with chilli and prawns in light tomato sauce. Cuma last datang haritu,keterujaan nak makan ni jd makin kurang malah tak habis pun.Tak tahu la kenapa.Samada haritu cheff dia masak kureng sikit dari biasa (macam tak logik) atau kita ni yang dah muak dengan spagetti tu.Mana tak muak kalau tiap kali datang yang tu je yang dimintanya.Huhuhu!


Ketiga mestilah Ariey punya.Sama jugak macam abah kita.Tak habis-habis dengan lamb chop.Bila dia nak muak tak tahu la.

Itu aje.Kita mmg tak reti nak buat ulasan pasal makanan sebab kita ni pro bab makan je.Hahaha!Tapi pada saya ok la.Service pun boleh tahan cepat dan pada kita sangat privacy.Tmpt lain tak tahu tapi kalau untuk yang kat Bukit Jelutong ni mmg tak ramai datang so rasa macam tak sesak sangat dengan orang.Ngheeee!!Mungkin sbb locationnya kot yang memang terletak dikawasan perumahan compared to restaurant yg ada kat mall.

Ok.Itu sahaja.Have a nice day!

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You