It's all about my passion

Cooking is my passion.Kalau aku tengah down,dgn masak pun dapat kembalikan mood aku.Dasat-dasat.Tapi kalau diikutkan dalam bab masak-memasak ni aku bukanlah tahap master pun,kiranya average tapi sebab confident level tinggi,ecehehehe!rajin la jugak aku amik tempahan secara kecil-kecilan.Actually aku dah start berniaga ni dari sebelum kahwin lagi dimana aku start dengan jual puding caramel dan puding berkuah kat kedai mak sedara aku.Jualan tu alhamdulillah la,tak pernah tak habis sbb aku buat dalam kuantiti sedikit.Hihihi!Memang la confirm habis sbb sikit.Duh!Tumbuk sekali.

Bila masuk kolej,aku jual nasik lemak pulak.Masyuk woi!Bayangkan 120 bungkus dalam masa tak sampai 15 minit.Supplier aku time tu pakcik yang bukak kedai makan depan kolej.Lepas tu sampingan aku jual kerepek.Masyuk betul kalau untuk 100 bungkus boleh sold out dlm masa tak sampai seminggu.Siapa berminat sila datang beli kat bilik dan pernah flyers iklan aku dikoyak oleh warden sebab dia cakap illegal.Hek eleh!Itu la aku....melawan...melawan!Tapi business kat kolej ni aku join venture dgn BF sendiri a.k.a suami aku sekarang la.Nak kata masyuk sgt tu tak la tapi lepas la nak byr Kancil setiap bulan.Huhuhu!Lagi side income kitorang adalah service photostat tapi ni ada sorang yg join sama dimana mesin,kertas pakcik tu supply tanpa byr sewa dan keuntungan bahagi sama rata.Mmg kitorang nak sbb modal kitorang  cuma tenaga. Dan satu lagi kitorang jual adalah board untuk projek bebudak engineering.Luas betul cabang bisnes kitorang.

Dan begitu la kalau dah biasa berniaga tu,terbawa-bawa la sampai kehari ini.Tapi  buat masa sekarang aku tak berani nak ambik secara besar-besaran dan biasanya customer aku adalah terdiri daripada kaum keluarga terdekat.Setakat paling byk yg aku ambik adalah untuk 20 orang makan.Selebihnya aku biasa ambik tempahan untuk dessert sahaja.

Tapi percayalah,kalau kita kenal guru-guru sekolah,tempahan dari diorang la aku paling banyak dapat dan biasanya selepas Hari Raya sebab time tu kebanyakan guru-guru byk buat jamuan.Aku pun dapat jugak tempahan untuk majlis di UMT tapi yang tu lecturer la yang order dari aku.Aku seperti biasa,kalau tak clash dgn jadual kelas aku atau samada aku ada hal lain,aku mesti ambik punya setiap order.Benda ni dah jadi macam minat aku dah.My passion bak kata omputeh.

Jadi baru-baru ni bertempat kat rumah mak saudara aku,dia mintak aku sediakan makanan untuk jamuan anniversary dia plus jemputannya adalah member-member lama dia waktu di matrik dulu.Jumlah yang nak mkn tu just 20 orang dan hari majlis tu pulak jatuh 1 May so aku cuti time tu,then aku on je la.Menu yg direquest pun tak susah nak buat iaitu steambot.Jadi aku siapkan bahan-bahan utk steamboat,sos manis dan soup (as per request) tapi kalau fikir aku rasa more to yong tau fu rasanya,macaroni and cheese tapi yg fried punya dan bkn yg baked,puding nescafe,sandwich,pasta creamy carbonara (x snap sbb tu xde dlm pic),chicken wing (pun lupa nak combine sekali dlm pic) dan juice orange with lemon.Kuih belimbing dan tart telur order luar.Hihihi!



Inilah dia bendanya.Tak susah pun.Seronoknya aku bila time org bayar tapi sedih balik sbb ptg tu jugak Damia pow aku beli Sponge Bob kat dia.Haru betul.Melayang RM65 aku.Baru nak merasa duit berniaga.Huhuhu!

Dan aku jugak ada ambik tempahan kek coklat dan kek mentega cuma skang ni dah slow down sikit sbb aku tak ada masa nak buat.

Begitu la aku.Aku suka sibuk sebenarnya sbb tu aku tak kisah tak kerja makan gaji plus Ariey encourage aku untuk buat sesuatu yang aku suka dan dia lagi suka tgk aku dapat handle anak sendiri.Damia 1st time masuk nursery waktu umur dua tahun.Mak aku start jaga dia time bila aku dah start kuliah masa umur dia 8 bulan dan bukan lepas 40 hari.Hihihihi!Sebab tu anak aku ni cenggeng sikit.Melekat je dia mana tak manja.Mak aku jaga tu pun sbb aku mmg stay dengan parents sekarang ni dan bukan duduk rumah sendiri.

Dan aku sendiri pun puas hati tak kerja kalau suami sendiri dapat bagi  duit poket lagi byk dari gaji yg aku dapat time kerja dulu.Itu pun aku dah rasa bersyukur sesangat dah.Alhamdulillah.Bermakna sekarang ni,habiskan degree aku dan lepas tu buat la benda yang aku suka selagi tak bertentangan dan tak mengabaikan rumahtangga serta tanggungjawab aku sebagai seorang ibu pada puteri kami Damia.Eh,dan tangungjawab sebagai seorang isteri jugak.Sekian

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You