Tujuan berblogging pada mata saya yang rabun ini

Alhamdulillah minggu sesak jiwa sudah berlalu.Dua assignment penting sudah selamat submit.Test yang mengejut tetiba untuk saya sahaja la yang datang mengejut sbb baru tahu semalam padahal orang lain dah tahu lama dah tapi segan nak beritahu kita.Nampak sangat byk tinggal kelas.Huhuhuhu!Sila salahkan diri sendiri dan jangan heret orang lain dalam permasalahan sendiri.

Apapun,hati sudah lega.Another two assignment boleh buat secara perlahan-lahan.Hihihi!By next week ada lagi satu test lepas tu gap one week and then FINAL EXAM.Phew!

Ok.Masuk dari tujuan asal nak menulis pasal apa harini.Ok.Memandangkan sehari dua ni ada terbaca pasal post dari blogger-blogger femes pasal "apa tujuan nak blogging".Dan seperti biasa kalau nak cari 10 kebaikan berblog bla bla bla mmg setakat ni tak jumpa lagi tapi yang banyak orang post adalah tentang blogger yang sibuk nak tayang segala harta benda,nak cerita segala benda bla bla bla.Itu antara intipatinya la dan malas nak hurai panjang sebab saya rasa ramai yang dah baca terutama dari blogger best Green Apple tu.

Hmmmm................fikir sejenak!Kat sini nak cerita kenapa saya menulis blog.

Segalanya bermula pada tahun 2008 time tu still kerja di Shah Alam.Mula-mula baca blog orang.Blog pertama adalah blog sepupu sendiri Arif.Lepas tu baca blog kengkawan dia dan lepas tu bebudak ofis yang buat praktikal suggest pulak beberapa blog dan ingat lagi blog yang diorang suggest tu adalah blog dari blogger femes Hanis Zalikha dan lepas tu terus create blog sendiri.Honestly awal-awal ada blog dulu,blog ni tak lebih dari blog nak marah orang je kerja.Lepas tu insaf sbb rasa macam stupid pulak.Lepas tu cuba untuk buat penulisan yang berilmiah kononnya dengan harapan dapat influence orang lain namun hakikat tak payah la sebab takde bakat.Hihihihi!Dan lepas tu blog ni jadi blog yang tak lebih dari blog yang ntah hapa-hapa.

Dan lepas tu terus lari dari agenda asal,blog ni terus jadi blog catatan peribadi pulak cuma ada la selit juga penulisan yang berbaur kemarahan.Hahaha!

Dulu setiap kali nak buat post mesti fikir banyak kali.Tapi sekarang dah tak fikir dah.Lantak la orang nak cakap apa sbb blog ni kalau rasa tak suka tekan sahaja button "X".Kenapa nak dipaksa juga baca kalau kelak kita rasa menyampah,meluat dan seangkatan dengannya.Tak suka jangan baca so tak payah letihkan diri untuk jadi penasihat tak berbayar tentang etika berblogging.Kalau di FB mmg takleh lari sbb tiada privacy.Once kita post kat wall kita,status tu akan masuk ke wall kwn2 kita juga.Nak tak nak kita/kwn2 kita terbaca juga.

Jadi pada saya dunia blogging ni tak ada rules.Tulis la apa yang nak ditulis.Cerita la apa yang nak diceritakan.Kongsikan sahaja apa yang ingin dikongsikan.Orang lain yang rasa tak suka,sila jangan baca.Rasa suka,teruskan sahaja membaca.Tiada paksaan pun dan kenapa nak stress sangat dengan orang lain punya blog.Biar la dia nak cerita pasal kucing dia yang baru beranak sekalipun dah kalau dia rasa dengan tengok kucing dia beranak secara live itu merupakan suatu yang amat bermakna pada dia,lantak dia la.

Satu lagi bila ada blogger nak bising bila ada blogger yang suka show off barang-barang.Ambik dari sudut positif.Kadang-kadang bagus juga dia show off segala barang dia sebab kadang-kadang begitu detail sekali dia cerita ttg features barang-barang tu siap mention harga bagai.Bukankah itu baik kalau tetiba kita nak beli barang yang sama.Untung la kita sebab dah ada orang yang tolong reviewkan dulu.Manalah tahu org tu baru pakai dua hari then barang tu rosak,dan kita yang tak beli lagi barang tu boleh terus cancelkan terus.Contohnya la.

Jujur saya cakap,Garrets Popcorn,Bumbo seat for baby,online shopping bla bla dan semuanya pun saya tahu dari hasil berblogwalking.Dulu waktu nak upgrade HP.Saya baca dari review yang dibuat diblog la baru decide untuk beli HP mana yg saya rasa the best FOR ME.Then I choose Samsung Galaxy Note instead of Iphone 4s.Its help me a lot.Ariey pun terkejut sbb awal-awal beria nak Iphone 4s tapi bila time launching tu kita taknak pulak tapi pergi beli HP lain.Dan kalau tak silap I choose Samsung Galaxy Note tu lepas baca blog SueAnnaJoe rasanya.

Dan kebanyakan restaurant yang saya pergi pun sedikit info saya dapat daripada review-review dari blog juga.Ok apa.Sharing is caring betul tak? Dan paling best kalau baca blog travel.Banyak info dapat kutip.Rasa nak bercuti baudget besar,ada,nak bercuti bajet ciput pun ada.Pendek kata,MACAM-MACAM ADA!Setakat ni paling banyak membantu saya setiap kali baca pengalaman orang yg pergi bercuti keDisneyland Hong Kong.Dari start perjalanan,hotel,makan etc semua cerita.Kalah magazines travelling ok info yg dibagi dalam blog lagi detail compared in magazines I tell u.

Jadi pada blogger yang takde kerja selain dari nak cari buruk orang je tu,sudah-sudah la.Nak sign up blogspot ni free je so nak menulis ni pun kira free juga la so suka hati diorng la nak tulis apa.Selagi tak mengganggu-gugat hidup kita sudah.Ingat!Selagi tak ganggu hidup kita.

Tapi jujur dulu pernah juga termasuk dalam golongan yang kurang kasih sayang ni bila rasa annoying sbb tgk orang suka post mcm-mcm kat blog tapi bila fikir balik tak ada maknnya nak rasa annoying sbb Allah swt pun dah bagi kehidupan yang perfect pada kita dan kenapa nak sibuk pasal life orang.Jaga life sendiri sudah la. Sila create sesuatu yg bermakna untuk life kita.Kalau kita rasa hidup kita ada kekangan dari segi wang ringgit maka kita tak mampu nak beli sesuatu macam orang lain ada,so kering idea takleh nak cerita apa kat blog,apa kata kita show hobi kita pulak macam suka tanam pokok ke so cerita la pasal pokok-pokok kita tu or show garden kita yang cantik tu or kongsi a few tips with other.Kalau pandai menjahit ke,pandai masak ke,cerita la segala kalau dah rasa nak kongsi sangat kat blog.Blog bukan medium untuk berlumba-lumba untuk tunjuk barang best yang kita ada.Kalau rasa nak kongsi,cerita je la.

Saya pernah baca satu blog yang cerita dia just cerita apa yg berlaku disekeliling dia.Takat nak cerita apam balik paling best kat pasar malam kat kampung dia je pun tapi cara dia cerita sangat menghiburkan dan buat kita berfikir.Apam balik tu kita tambah je sbb blogger tu asal Indonesia dan kita tak ingat kuih apa yg dia cerita dalam entry dia tu tapi yang pasti cuma satu stall kecil yang menjual kuih tapi jalan cerita dia sangat menarik walau main poin dia just nak cerita pasal kuih tu je pun.Hihihi!

Jadi pada saya isu suka,tak suka,menyampah,meluat ni tak perlu timbul sbb option dah ada.Kalau suka baca,kalau tak suka,click sahaja "x".Senang.Tapi hakikatnya lagi tak suka,lagi rasa menyampah,lagi rasa annoying,lagi dibaca dan lepas tu tak pasal-pasal dapat penyakit hati.Siapa susah?Penyakit hati yang tak nampak ni ubat susah cari tahu tak?Kat klinik ke,kat farmasi ke waima kedai sensei sekalipun,mmg tak ada.Nehi.Hahahaha!

Image Yahoo!

1 comment:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You