La!La!La!La!La!

Percayalah bahawa salah satu perkara yang mampu membuatkan aku rasa nak terajang tong sampah bawah meja study ini adalah bila internet slow takde tahap sbb otak tak mampu dah nak samakan dgn tahap apa.Eh?Nak jugak letak.Ok.Aku bg la tahap satu.Ibarat budak darjah satu br start sekolah. Dan ibaratnya kalau lawan lari 4 x 100 antara siput babi dengan cicak tokek,probability cicak tokek nak memang adalah amat besar.Umpamanya siput babi itu internet dan cicak tokek tu engkau la (mana yg tengah baca entry sampah ni).Nak match tu tak sekufu langsung.

Maka hari ini dengan penuh ikhtizam dan kerajinan yang amat tinggi,aku dah enroll semua subjek yg ada.Hakhakhak!Itu pun nak bangga walhal tepat jam ini actually uollls,semester ni dah masuk week yang ketiga.Pathetic tak?Sila menyampah sekarang.

Haihs!Semangat untuk score semester ni dah ibarat macam dibawa angin bayu.Lalu layu.Eh,dimana janji manismu sebelum dapat Ford Fiesta sebijik haritu?Cepat betul layu.Iyalah kan,kalau dah dasar pemalas.Ok,ok.Back on track balik.Sebab taknak janji tinggal janji la ni aku kuatkan jugak semangat dengan upload semua nota,beli semua buku termasuk magazines (ini tambahan in case tetiba meroyan sbb stress melampau).

Ingat tak hazab ke tahan ngantuk akibat pil allergic yang aku wajib makan selagi tak habis 30 bijik.Nasib satu hari sekali harung 4 bijik.Kurang la hazab dia.Kalau tak,macam semalam.Sampai org sembang pun aku dah mcm tak pay attention dah.Mmg hebat la penangan ubat tu.Cuma yg tak bestnya,bermula semalam dan seterusnya doc advise agar aku wajib standby pil ni kemana sahaja aku pergi.Oh!Dah kulit manja nak buat macam mana.Ahaks!

Percayalah,untuk diri aku mmg sukar sungguh nak belajar secara tekun.Susah weh.Nak fikir anak lagi,suami lagi,diri sendiri lagi,ikan sekilau yg aku bela lagi.Banyak ok komitmen aku.Aku takut aku tak dapat bahagikan kasih sayang aku secara adil kat diorang ni.Kalau sayang laki lebih (of cos la) nnt takut kurang pulak kat anak.Kalau lebih laki dengan anak,abis macam mana dengan ikan aku pulak.Arghhhhhhhhhhhhhhhh!!

Memang sah dah macam lagi 3% nak jatuh sewel ni,baik aku stop menulis sekarang.Ok.Bye!

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You