Hidup penuh masalah adalah fasa hidup yang paling tidak best untuk dilalui~

Aku quote ayat sendiri (mengada-ngada bajet penulis nak quote-quote bagai.Hahaha!)

"Kadang-kadang kita rasa orang bermasalah dengan kita tanpa kita sedari hakikatnya kita sebenarnya yang bermasalah dengan orang lain"

Ini realiti tapi jarang orang nak mengakuinya.Banyak situasi aku berhadapan dengan kawan yang jenis balik-balik nak salahkan si X yang asyik dengki kat dia,balik-balik nak salahkan si Y yang tak puas hati dengan dia,balik-balik nak salahkan si Z yang rimas tiap kali pandang dia.Asyik balik je tak pernah nak pergi.Bukan seorang yang aku jumpa tapi beberapa orang.

Campak la dia kat mana pun.Negeri X,negeri Y,negeri Z.Kerja dekat X,kerja dekat Y,kerja dekat Z.Belajar dekat X,belajar dekat Y,belajar dekat Z.Isu dia sama je.Mesti ada orang yang tak suka dia.Hehehe!Dan hari ini aku nak bercakap dari apa yang aku nampak dan apa yang aku fikir.

Dari mana aku tahu dia ni ada masalah of cos la dari FB.Kalau dah asyik up status tak puas hati kat orang X,orang Y dan mungkin orang Z,kadang-kadang datang juga rasa rimas aku lebih-lebih lagi kalau diluahnya straight kat aku.

Jujur aku cakap kalau kawan/relative yang datang luah kat aku pasal benda permasalahan orang yang tak puas hati dengan dia,untuk 1st time aku mmg akan lahirkan rasa simpati yang tinggi.Bila berlaku kali kedua,ok fine,masih lagi berpihak pada dia tapi kalau masuk 3rd time,pasti yang berlegar kat dalam kepala otak aku haruslah,"Siapa yang bermasalah sbnrnya ni?Ntah-ntah kau yang bermasalah".

Aku bagilah example seorang teman aku waktu sekolah dulu.Lately,eh,aku rasa bukan lately tapi mmg dari dulu tiap kali baca status FB dia mmg selalu sgt dia up entry yang marahkan seseorang.Mula-mula rajin la nak membalas balik kononnya bg semangat la kat dia.Chait!Tapi kalau dah mcm selalu sgt naik muak juga rasanya dan waktu tu la aku mula berfikir.Dan terus buat hipotesis sendiri yang mengatakan sbnnrnya kawan aku ni sbnrnya yg psycho sbb mmg dari sekolah dulu dia ni jenis yang suka sound orang,tak boleh tengok orang lebih dari dia mula la nak sinis-sinis dengan orang,dan aku rasa mmg perangai tu terbawak-bawak sampai sekarang.Tak ubah-ubah walau tinggal dua tangga lagi nak masuk 30.

Dan benda sama jugak berlaku dengan teman kolej aku.Dia ni pulak tak suka sgt ambik tahu pasal orang cuma kalau orang sibuk pasal dia,siap tunggu tadah telinga je la.Dia punya mulut kalau nak maki orang balik mmg lagi hebat dari mulut longkang.Dasyat.

Dan contoh kedua-dua makhluk ni la sampai sekarang aku tengok dari dulu sampai sekarang tak berubah perangai.Dan yang pasti diorang mmg ingat diorang betul dan sikit pun taknak muhasabah diri sendiri kenapa tiap kali kemana-mana tak kesah la tmpt X,Y,Z pasti dia ada masalah dengan orang.

Teringat dulu zaman kolej aku pun pernah bermasalah dengan orang.Hahaha!Punca permasalahan adalah sbb diorang tak puas hati kat aku sbb aku couple dengan Ariey.Diorang sungguh-sungguh cakap Ariey tu player dan suruh aku dumb si Ariey tu la.Oh!Kalau ingat balik sumpah aku rasa nak tutup muka dengan bantal sekarang.Tapi nak menaip susah la kalo mata tutup nnt delay pulak entry ni.

Makanya bila aku dan Ariey declare merpati dua sejoli,maka mmg hebat la ignorance dari beberapa makhluk kat kolej ini.Macam-macam kata kutukan yang aku dapat kononnya cakap tak serupa bikin.Dulu kononnya nak main-mainkan mamat tu tapi sekali bercinta.Haish!Tapi apa yg korang nak susah hati sangat?Dah jadik laki aku pun dah sekarang mamat tu.Hahaha!Patutnya diorang ni patut susah hati dengan sorang kawan korang tu yg tabur fitnah kat aku siap roomate sekali dapat taik.Patut la beria burukkan aku rupanya dulu bekas mata air laki aku.Hihihihi!Nasihat kat aku dosa cakap phone dgn lelaki bkn muhrim dimalam hari,terus aku insaf time tu jugak.Tapi mmg betul ada kebenarannya sbb mmg dosa pun tapi sakit hati juga bila Ariey cakap perempuan tu lagi dasyat duk call dia ajak gayut on the phone sampai Subuh.Hmmm,aku pun tak pasti dia nasihat tu atas dasar prihatin pada seorang kawan atau sakit hati..Aku rasa sakit hati sbb lepas aku declare dgn Ariey tu,dia terus ignore aku sampai aku pun tak tahu punca siap member-member dia sekali ignore aku.Dasyat.Hahahaha!

Dan time kolej tu je la aku bermasalah dengan orang tapi bukan permasalahan yg aku create pun dan until now aku dah maafkan orang-orang tu dan sekarang ini baru aku nampak mereka begitu terhegeh-hegeh sekali nak berbaik dengan aku.Sorry la.Bukan jual mahal.Bukan juga sbb aku masih sentap atau apa.Takat kawan biasa tu boleh la.Teman tapi mesra tu rasanya tak kot.Hihihi!Bukan berdendam tapi aku rasa kau dan kau mmg aku tak selesa pun untuk ada connection as a friend yg lama-lama sekali nak tanya khabar.Cukup sekadar senyum bila bertembung mata dimana-mana tu cukup la.

Namun dari situ pengajaran untuk aku adalah supaya sentiasa berhati-hati dengan setiap tindakan yang kita buat.Zaman sekolah rendah aku dari darjah 1 sampai 6,sekolah menengah dari form 1 sampai form 5,mana ada aku bermasalah dengan kawan-kawan.Ada yang masih lagi berhubung walau sekarang masing-masing dah ada life sendiri.Baik teman dari sekelas,kelas sebelah semua masih berhubung.Masih utuh ukhwah itu.Aku pun masih meraikan perkahwinan mereka sekiranya mendapat jemputan.Mana yg menjemput tapi aku tdk dpt hadir,itu adalah kerana aku mempunyai urusan lain yg tak dapat dielakkan.

Meraikan bersama sewaktu mereka menerima cahayamata dan begitu juga aku.Aku masih menerima kunjungan teman sekolah,teman yang bukan satu sekolah (anda tahu siapa anda),teman sewaktu bekerja dan teman dikolej dan universiti.Tak ada masalah.Nehi.

Sebab itulah aku kata,kadang-kadang kita rasa orang bermasalah dengan kita tanpa kita sedari sebenarnya kita yang bermasalah dengan orang lain.Maka silalah muhasabah diri kita sendiri dahulu sebelum nak blame orang.Sekian.

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You