Realiti kehidupan

Dalam rukun Iman,aku highlightkan yang berada ditangga enam............

Beriman kepada Qada dan Qadar

Hari ini aku telah menonton satu documentary di Astro mengenai kejadian kapal terbang yg terhempas di  German.Walau pun kejadian tu sudah lama berlaku tapi takpelah kalau baru nak tengok pun.Dah Astro baru tayang takkan aku nak pergi marah Ananda Krishnan kot.Motip??Nehi.Dan jujur aku katakan dokumentari ini telah meninggalkan sedikit kesan dalam hati aku dan ia telah membuatkan aku berfikir.

Dilaporkan kejadian tersebut berlaku pada 1 July 2002 dimana dua buah pesawat iaitu Bashkirian Airlines Flight 2937 dari Moscow,Rusia dalam rangka perjalanan ke Barcelona,Spain telah membawa 57 penumpang dan 45 orang daripadanya adalah kanak-kanak dari Bashkortostan dan mereka dalam rangka lawatan yang  telah ditaja oleh UNESCO dan pesawat kedua pula iaitu DHL Flight 611 yg dikemudi oleh dua orang juruterbang telah bertembung.Jumlah kematian adalah seramai 71 orang,termasuk semua crew dalam pesawat.Sorang pun tak survive.Memang dasyat.Bak kata Elyana,tak tercapai akalmu.

Dan hampir dua tahun siasatan dijalankan maka didapati punca kejadian adalah kerana masalah teknikal iaitu kegagalan TCAS berfungsi seperti yg sepatutnya namun begitu seorang pengawai yang terlibat sewaktu kejadian telah mati dibunuh oleh salah seorang bapa kepada mangsa nahas.Oh!Dan dikatakan pada hari kejadian Peter Nielsen adalah pengawai yang bertugas dan pada waktu itu Peter telah membantu seorang pengawai lain yang berhenti berehat dan Peter mengambil alih untuk mengawasi dua buah komputer.Memang susahkan satu nak tengok dia punya,satu nak tengok kawan dia punya.Dah la yg nak ditengok plus yg nak dipantau tu kapal terbang.Hoh!Memang kerja yg berisiko tinggi la.Dikatakan sewaktu kejadian Peter sudah cuba untuk menghubungi juruterbang namun talian telefon ditutup secara tidak sengaja dan akibatnya dua buah pesawat telah bertembung.Dum!

Dan disinilah ceritanya kenapa aku relate dengan rukun Iman yang keenam iaitu Beriman kepada Qada dan Qadar.Dikatakan salah seorang keluarga mangsa nahas iaitu Vitaly Kaloyev yang begitu hiba dengan kejadian tersebut kerana dia bkn shj kehilangan dua orang anak malah juga seorg isteri.Menurut sumber Kaloyev adalah seorang arkitek (orang yang berada didalam bidang yang professional tp malangnya bila dah hiba sedih pedih pilu tu dia tetiba jd tak profesional).Sewaktu kejadian Kaloyev telah menunggu kedatangan anak dan isterinya di Barcelona dan dia juga dikatakan orang yang mula-mula tiba ditempat kejadian selepas sahaja berita kejadian pesawat bertembung itu dilaporkan.Sewaktu tiba ditempat kejadian,Kaloyev telah menemui mayat isteri dan seorang anaknya yang tidak sempurna manakala mayat seorang anaknya lagi  masih dalam keadaan yang sempurna.Lagi sedih.Serious tak terbayang aku perasaan dia time tu.Kaloyev tidak dapat menerima hakikat kematian isteri dan anak-anaknya dan boleh dikatakan setiap hari dia meratap dipusara mereka dan tanpa sedar Kaloyev cuba memburu pengawai yg terlibat sewaktu nahas tersebut dan akhirnya beliau mengetahui Peter Nielsen adalah pengawai yang bertugas pada malam tersebut dan Kaloyev telah membunuh Peter Nielsen dengan cara menikamnya.Tragis.Mungkin lepas tu baru dia rasa lega kot.Wallahuallam.

Dan konklusi yang aku buat adalah sebagai seorang Islam kita harus beriman kepada rukun Iman yg keenam tersebut.Hidup mati,ajal maut ditangan Allah swt dan kita harus redha menerimanya.Dan disini kita sudah tahu mmg Kaloyev tu sah2 la bukan Islam.Dan baru aku nampak itulah kelebihan Islam.Islam mengajar kita untuk redha dengan setiap kejadian dan menerima seadanya walau perit.Tapi mesti org cakap belum kena batang hidung kau sedap la kau cakap.Hmmm.

Aku sendiri pernah kehilangan ahli keluarga yang meninggal kerana kemalangan jalan raya.Aku pun alami satu perasaan seperti Kaloyev alami.Satu rasa yang sukar digambarkan dgn kata-kata dan tanpa kau sedar kau menangis meraung pada setiap benda yang kau pegang dan benda itu pastinya mengingatkan kita pada arwah.Jujur aku katakan aku menangis meratap sewaktu terpegang seluar jeans terakhir yg dipakai arwah pada hari kejadian.Seluar tersebut dilipat kemas dan diletakkan dibawah katil namun aku tidak tahu siapa yang meletakkannya disitu dan aku secara tidak sengaja terpegang dan terus menariknya keluar.Aku buka seluar tersebut dan yang pasti masih terdapat palitan kotoran,pasir-pasir dan batu kecil serta kesan koyakan dibeberapa tempat.Dan apa yang pasti tompokan kesan darah yang hampir kering. Air mata?Air mata turun bagaikan hujan.Aku menangis semahunya dan terhenti tiba-tiba dek bunyi salam seseorang dari luar rumah.Astaghfirullah!Dan mesti kalian terfikir dimana ahli keluarga lain.Ya,ahli keluargaku yang lain dalam perjalanan menghantarnya pulang.

Kita mmg akan sakit dengan kehilangan itu.Dan kita akan terbayang saat yang dilaluinya.Mahu tidak hampir setahun aku cuba alihkan pandangan setiap kali melepasi tmpt kejadian.Ibarat terbayang-bayang dimata saat dia menangung kesakitan disitu.Dan aku pasti Kaloyev itu juga begitu.Manakan tidak sakitnya rasa melihat orang yg disayangi bukan dalam keadaan sempurna namun tindakan meletakkan kesalahan itu pada orang lain dan menamatkan riwayat hidup orang itu dgn cara membunuhnya adalah bukan satu cara yang diunjurkan dalam agama Islam.Kerana itu dalam Islam kita diajar untuk sentiasa redha dan berserah kepadaNya.Sesungguhnya DIA tuhan sekelian alam lebih mengetahui.

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You