Kadang-kadang aku juga tak jadi supermommy...

Kalau perasan kat sidebar aku terdapat beberapa blog yang  berunsur keibu -bapaan.Dan aku pernah ingat salah satu blog tersebut yang dengan jujurnya meluahkan kekesalan kerana memarahi anaknya dan selepas itu si ibu terasa amat menyesal.Itu biasa sbb aku pun macam tu..............kadang-kadang.Dan itu bukan point aku kat sini.Point aku adalah pada seorang yang komen tak mengunakan akal yg Allah swt bagi,dan aku kata dia tak guna sbb sesuka hati anak jiran dia je pakai main sembur je kat si ibu td dan apa yg pasti telah membuat si ibu telah terguris.Dan pada firasat aku (macam ahli nujum pulak nak pakai firasat bagai).Eh,sambung balik.Dan pada firasat aku si pengomen pastinya bukan seorang ibu.Yes,itu firasat aku dan aku tak tanya pun apa firasat kau.Takyah jwb.Jawapan anda tidak membantu pun disini.Dan dalam hidup ini,kita kena akui yg kita ini hanyalah manusia biasa yg pastinya tidak boleh lari dari rasa itu.Aku sendiri pun pernah hilang sabar dengan anak sendiri.C'mon la.Bayangkan kepenatan dengan tanggungjawab seharian tambah dengan kerenah anak,mmg kadang-kadang menguji juga kesabaran cuma tak ada la bila aku marah je,aku pun pergi ikat anak aku kat batang pokok pisang.Dan si ibu tadi hanya meluahkan kekesalan dia dan apa yg buat si pengomen tu tetiba jd emosional tak tahu la.Mungkin zaman childhood dia dasyat sgt kot.Mungkin.

Dan selepas kejadian itulah (sesuai ke aku letak kejadian?)Ah lantak la.Aku memang failed Bahasa Malaysia tapi tak ada la sampai kena ambik paper Julai.Eh!

..........................Dan kerana itulah aku menjadi amat berhati-hati untuk tidak post apa2 entry yg menunjukkan ciri-ciri bukan seorang ibu mithali kerana risau andai ada yg mengutuk keras aku selepas itu walhal blog sendiri bukan famous pun takat nak dapat 1 comment pun makan bulan.Oh!*Tunduk sedar diri.

Dan kalau perasan dari atas tadi asyik duk Eh!,Oh! amik sini aku bagi wehhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!aku nak luah ni.Woooooooooooooooooooo!!!!Aku stressssssssssssssssssssssssssssssssss......................Ya,aku pun rasa stress seperti student lain juga cuma aku bukan nak mengeluh cuma nak luah.Lain tu..........

Aku sedar apabila sudah ada cop mohor seorang "IBU" pada seseorang itu maka dia harus sentiasa sabar dalam membesarkan anak.Ya,sabar.Namun aku akui kadang-kadang tumbang jua aku.Sesungguhnya aku hambaMU yang lemah Ya Allah.

2 hb Jan,aku anggap la hadiah istimewa untuk birthday aku iaitu 1st day final exam.Oh!Baru rasa singkatnya semester ini padahal banyaknya aku buang masa pastu nak salah semester pendek konon tak sempat nak study segala.Padahal semester sama je mcm semester lain.

Jadinya sebab UMT sayang student dia,diorang letak semua killer paper awal2 exam.Dan lepas habis paper Managerial Economic dan aku ada satu hari rehat iaitu hari Jumaat dan Sabtu pulak aku ada dua paper sekaligus.Suppose satu paper je satu hari tapi memandangkan aku student yg pernah bercuti bersalin makanya inilah dia.Uhuks!Paper pagi dan petang.Dan ceritanya bila satu hari yg aku ada itewwww  adalah untuk belek2 nota pastu belek2 buku sikit-sikit,telah digunakan untuk menjaga Damia yg tiba-tiba demam,pastu cirit-birit,pastu muntah.Pakej datangnya dan biasa la baby bila tak sehat tak adanya merengek ajak pergi playground.Mesti nak berkepit je dia dan yg pasti ayah bukan priority.Manjang nak bonda je.

Malam tu bila dah tgk anak yg dah lemah tak bermaya,aku bawak la dia ke klinik dan aku dah expect mesti doktor advise suruh hantar hospital sbb Damia pun dah macam tak bertenaga langsung.Waktu tu tuhan je tahu.Mana nak fikir risau anak lagi,mana nak fikir esok exam lagi.Berbelah-bagi ok.Dua-dua penting cuma anak of cos la lagi penting.Malam tu aku call Dr.Elmisya (oh,penyelamatku disaat genting!).Lepas dapat advise dia,aku decide esok je la aku hantar Damia ke hospital tp tgk condition dia la macam mana.Dan alhamdulillah bila balik rumah je mudah pulak Damia minum air garam dgn makan ubat yg doktor bagi pastu banyak pulak dia minum air.Alhamdulillah sekali lagi.Anak aku mungkin faham kesusahan bondanya.Maka malam tu dgn hp kat tgn,aku terjaga sejam sekali.Jap2 check ank,jap2 nak sambung study.Kiranya aku pun study la juga walau tak la study hard sgt sbb bdn letih amat.Aku cuma target jangan la blur time exam dan harapan aku kononnya baca sikit2 tu at least ada la idea nak mengarang esok.Harap tak la sampai tahap karang surat cinta kat lecturer pulak sudehh!Soalan pulak.............semua esei.

Esoknya,paper pertama International Marketing.Waktu buka soalan aku dah mai berat kepala.Aku tak cukup tdo sbnrnya.Tapi aku cuba cool.Tarik nafas dalam2 then start jwb dan alhamdulillah dapat jwb.Itupun terkumat-kamit duk baca ayat Kursi.Kira tenang la jugak cuma stress tu datang balik bila nak jwb soalan Consumer Behavior dia dah start datang gambaran bintang-bintang kehidupan pulak.Aduh!Dan aku mmg dah tahap nak mengalir air mata.Tahan punya tahan selesailah exam dan confirm la bila Arie datang jemput sampai kesudah aku dok diam je dalam kereta.Aku dah warning awal2 jgn duk gatai nak melawak dgn aku tapi laki aku tu memang.Boleh la diam 3 minit lepas tu start la pot pet pot pet dia tu.Huishhhhhhhhhhhhhhhhhh!Makin stress aku.Mana tak stress bila ayat dia macam ni..............

"Dinda nmpk stress ni.Jom kita g minum neh.Dinda nak minum kat mana?Cafe Uncle Chua?".Jwb aku,"Tak mboh".
"Ok,kita pergi Secret Recipe neh??".Jwb aku lagi,"Tak mboh la".(Orang ngah otak serabut ada hati nak offer minum petang)
"Ok,ok.Ke darling nak g kedai si pitung?".Heh,ni mmg dah tahap boiling point nasib aku tak silambam je dia ni.Dan aku tahu Ya UMI pasti tahu ini kedai apa.Siot je si Arie ni.Dah pastinya,aku pun senyum juga  la akhirnya.Nasib ada laki merangkap badut bergerak nih.Tak habis-habis.

Dan pada yg diluar sana,tak perlu la cepat sangat nak judge kami golongan ibu ini kerana kami juga manusia biasa.Manusia biasa seperti kamu juga.

Damia yg hilang 2 kilo lepas cirit-birit,muntah plus deman selama 2 hari.

1 comment:

Rafhani said...

kedai si pitung,hahahaha,kalu aku mcm mung masa tu,maksudnya tgh bad mood,jgn kate arie,abg bob pun aku silambam.hahahaha

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You