Sharing is caring

Kalau perasan Formspring kat sebelah kanan tu sbnrnya pada aku tak membawa apa makna pada aku pun selain dari menyemakkan page disamping sbb orang lain letak jadinya aku pun gatai nak letak.Itu sahaja motifnya.Makanya,bila datang angin kus kus nak check,barulah aku buka.Dan ghupenya ada jugak soalan yang orang nak tanya kat aku.Dalam banyak2 soalan tu,ada satu soalan yang menanya (kebanyakannya mengarut ntah hape2,dan kalau menyampah sgt aku delete je) tentang pengalaman aku bersalin di private hospital di Terengganu.Sedia maklum,kat Terengganu ni mmg tak banyak hospital bersalin dan juga private hospital.Cuma selepas KTS aku ada juga dengar psl SALAM punya hospital yg dijangka akan ada di sini.Bagus la.Sekurang2nya ada la option lain.Hospital bersalin yg lebih dulu ada pun hanya offer untuk bersalin normal sahaja spt Klinik Keluarga dan juga INTAN.

Makanya baru sekarang aku terasa nak kongsi pengalaman aku walau sblm ni dh ada citer sikit2 dan since dah beberapa kali aku berhadapan dengan beberapa situasi yang tak berapa best pada aku ditambah lagi ada beberapa kawan dan saudara terdekat yang turut mengutarakan soalan yang sama bertanya tentang pengalaman dan kos.Apapun setiap satu tu pasti ada pro dan kontranya.

Dan aku tak mahu bias makanya apa yang aku kongsi ini adalah dari sudut pandangan aku sahaja dan kalau ada yang tidak bersetuju makanya itu adalah terpulang pada pendapat masing2.

Dari awal kehamilan lagi aku dan suami dah start usha tmpt mana untuk bersalin.Kami ada juga usha di Shah Alam (in case la tetibe nak terberanak kat sana sbb banyak masa aku dihabiskan disana).Memandangkan kakak aku melahirkan 3 org anaknya di DEMC dan ditambah lg testimoni yg kakak aku beri slps aku interview dia amat la melegakan hati,makanya 1st choice kami kat situ la.Dan aku dah berkira kalau sepanjang kehamilan tu aku banyak sgt masalah mcm bleeding ke,kejap2 masuk wad,mungkin kami akan pilih hospital kerajaan.Makanya area terdekat haruslah Hospital Klang or Hospital Sungai Buloh.

Dan bila kami balik ke Terengganu,aku tak decide pun nak bersalin di KTS,cuma aku nak tgk condition aku sendiri macam mana since Dr. Fadzilah yg rawat aku dari awal sehingga dekat2 nak bersalin tu pun suggest aku just pergi HSNZ je.Aku mmg tak pergi check up kat KTS pun start dr awal hamil sbb aku dah kira setiap kali check up mmg tak lari mesti kena dalam RM100++ or RM200++.Tapi average aku ke clinic biasa pun kadang2 RM100++ juga cuma bergantung pada kita la.Aku pergi private clinic dan bkn klinik kesihatan.Dan mengandung anak sulung mmg suntik lebih sikit dan juga rutin utk check up pun lebih kerap.Tu belum campur excited nak tgk jantina anak lg,kejap2 nak scan.Alhamdulillah,aku tak obses sgt bab scan2 nih.Aku redha je lelaki or perempuan walau dlm redha tu ada juga terkilan juga dan kalau kenang balik nak je aku karate leher doktor India kat clinic area Shah Alam ni (malas aku mention clinic apa).Bersungguh2 ckp nmpk baby boy dan dgn aku skali bersungguh2 shopping barang baby segalanya biru.Tapi aku kena rasional la kan.Takleh la nak marah secara membabi bute mcm tu je!Mungkin mata dia pun ada ralat juga.Andaian tak selalu tepat.Maklum la bkn scan 3D or 4D macam skang ni.Clinic tertentu je provide service scan macam tu dan jgn tercabut bijik mata pulak bila tgk bil beratus2 sbb scan lagu tu mmg agak mahal dari scan biasa.Memandangkan aku pun dpt infoagak lmbt yg kat KTS pun ada scan macam tu (alasan),jd Damia mmg tak ada gambar scan yg 3D punya.Hohoho!

Jadi bila dah dekat nak due,aku amik minggu ke 30,aku pun start la check up di KTS.Time ni la aku usha segala pakej yg dioffer.Ini apa yg aku dapat time tu la.Tak tau la skang ni kot2 harga dah lain.Mana la tahu kot2 la sejajar dengan kenaikan harga minyak,diorg pun nak jugak naikkan caj diorg.Untuk bersalin normal,caj dia RM1,500++ tak termasuk tambahan lain cth kalau amik epidural,request nak bilik besar and lain2 service etc ada la tambahan dia.Tp dlm pakej ni bilik yg dia bg adalah yg paling kecik la.Tak kesah la.Bkn nak p holiday pun,just nak beranak je pun dan tak ada maknanya bilik ala2 hotel bagai.Tp syarat nak dpt pakej tu harus kena check up kat sana sebyk 3 kali.Untuk caeser pulak,RM4,600.Lain2 tu sama je,nak jugak sekurangnya 3 kali check up.Makanya pada sorang akak yg pong pang pong pang dpn aku duk bercerita kononnya kwn dia cerita ada yg kena caj sampai 20k tu (bersalin je pun) pada aku mmg tak logik.Apa kwn dia tu beranak kembar 8 ke apa?Ottomom kot.Hehehe!Bila aku ckp aku pun bersalin kat KTS,terus muka lain.Dan2 ckp kwn dia yg cakap dan dia pun x pernah p pun dpt rawatan kat situ.Huh!Aku rasa private hospital lain pun tak cekik org mcm tu.

Cuma aku pulak yg tak dapat pakej tu since plan aku nak dptkan 3 kali rawatan tu tak kesampaian memandangkan harini 1st check up,esoknya kau selamat bersalin.Awal 21 hari,harap maklum.Aku pecah air ketuban pukul 6.30 pg dan aku bersalin pukul 10.50 pg yg sama.Apa2 bantuan?Ya ada.Aku telah di'induce' dgn jayanya.Tempoh berperang dgn kesakitan,2 jam.Dan nurse yg cucuk aku tu (sbb aku kena induce yg masuk air) pd aku mmg terrer sbb langsung x sakit dan sgt smooth hinggakan tiada kesan lebam dan hanya ada tanda dua bulatan mcm titik tu je kat tangan aku.

Untuk doktor pulak,since yg pakar sakit puan kat situ cuma seorang iaitu Dr.Yusuf dan satu lagi doktor perempuan tapi doktor visitor je kat situ dan staff situ pun ada ckp kalau nak yang perempuan andai tetiba dia tak ada,Dr.Yusuf juga yg akan take over.Maka setelah difikir2kan,dgn izin suami aku pun choose la Dr Yusuf cuma skang baru datang ralat sikit sbb yg menyambut tu doktor lelaki dan aku tak pasti condition aku time tu adalah terdesak ataupun tidak.Aku rasa better aku rujuk ustaz/ustazah la macam mana.Tp kalau ke HSNZ pun,mana aku boleh suka2 hati nak choose doktor.Cuba buat,maki juga dapat.

Dan apa yg aku boleh katakan cara Dr Yusuf time sambut Damia tu sgt la smooth.Dia sgt la cool dan aku pun jadi cool sama.Tu la jadinya bila time kali kedua nak push boleh tertido.Mak aku cakap,org tua2 cakap tu badi waktu nak bersalin tapi kalau ikut scientific nya aku sbnrnya khayal dgn gas Antonox yg diorg bg time contraction.Nurse yg ada time tu 3 org.Dah macam cheerleaders dh aku tgk time nak push tu.Bersungguh kemain bg support.Pushing part just 2 kali je sbb Damia kecik je cuma 2.5 kg je maka laju je keluarnya.Sedar2 Damia dah ada kat atas perut.Semua yg ada situ lega.Dan paling aku takleh lupa satu nurse tu aku panggil Kak Zah yg gigih layan aku yg banyak songeh ni.Tangan dia la jd mangsa setiap kali contraction dtg dan dia la yg usaha cari bantal lembut kat aku.Mengada btol.Ngah sakit2 tu mintak macam2.Dia jugak la yg duk urut belakang aku dan temankan aku sehingga aku selamat bersalin.Dia mmg tak tinggalkan aku langsung.Maklum la suami,mak ayah aku semua OTW balik.Semua tak sempat nak tgk the process kecuali kakak ipar aku yg gigih tahan gerun sbb takleh tgk darah tp dia ckp aku byk keluar air compared to darah.But Alhamdulillah,i'm fast delivery.Rasanya contraction lagi sakit kalau nak compare sakit nak push.Time needlework tu pun x rasa apa2 dah smpi lupa nak tanya brape jahitan.Tapi kalau tgk sekejap je macam tak banyak.

Doktor,nurse & staff:

For Dr.Yusuf pada aku sgt puas hati dan begitu juga dgn semua staff nurse.Berbaloi dgn bayaran yg dikenakan.Tak ada stress2.Layanan mmg superb.Staff diorg pun bgs sbb cepat.Tak ada la lengah2 walau aku sampai kat hospital tu pepagi bute lagi.Start dr process pendaftaran bla la bla smpi la kena tolak masuk labor room mmg cepat dan pantas.Paling pantas time mintak deposit 1k.Haih!Ngah aku sakit tuh!

Bilik:

Memandangkan aku tak dapat pakej yg di offer,suka hati je letak aku kat bilik paling besar maka cajnya pun besar la.Chait!Tapi condition bilik haruslah selesa dgn color purple lembut gitu,lengkap peti ais,tv (1st time aku layan citer Tamil smpi habis mlm tu sbb xleh tdo.Sbb xleh tdo pulak,mungkin perasaan mcm tak caya je dah ada anak),sofa utk guest bertenggek (tak hengat lagak mcm umah sendiri.Hehehe!).Suami,kroh kroh kroh kat tepi.Cilakak btol.Kat hospital pun lena mcm tdo kat rumah.Dan peti ais tu mesti scary kalau aku citer sbb aku bantai letak uri sblm abang aku bwk balik rumah cuci dan tanam.Hehe!Menggunakan sepenuhnya kemudahan yg ada.Toilet so-so sbb tak ada bathtub.Eyh!Mengada nak bathtub bagai padahal duk semalam je.Mandi pun tak,ops!Mandi sekali je keesokan hari time nak balik.Hehehe!

Time ni aku pakai tudung merah lukis sendiri.Hehehe!Tak cover rambut time ni.So aku pakai tudung ekspress color merah.Cantik woo!Katil haruslah standard katil spital la.Aku ckp mcm ni sbb ada juga rupanya hospital bersalin yg guna katil bujang.Hohoho!Siap adjustable lg.Jakun seperti biasa,ambik remote dia main tekan2 naik atas turun bawah.Cadar pulak,tak main la cadar putih.Cadar siap comforter okey.Siap matching lagi dgn................
-
-
-
-
-
-
-
-
-
 Stoking aku..

Nursery:

Lepas je bersalin,nurse bersihkan Damia,tunjuk kat aku sekejap lepas tu terus diorg bawak Damia ke nursery kat level yg sama juga.Aku terus ke bilik disuruh berehat.Kiranya dah settle semua la.Cuci apa semua.Baby tak diletak dgn ibunya dan hanya akan dibawa ke bilik aku duduk tu sekiranya direquest shj.Aku pun tekan loceng tu,mintak Damia kononnya nak menyusu tp sbnrnya nak amik gambar.Hehehe!Diorg pun hantar kebilik.Si ibu tak perlu bergerak kesana kemari.Duduk diam2 je semua diorg buat smpi nak masuk toilet pun nurse temankan.Ngada2 tahap level 8.Kalau guest nak tgk baby just tgk melalui cermin.Nak pegang2,tak boleh.Tgk jer.Hehehe!

Maka disini la Damia bermalam.1st night dia tido dgn nurse.Aku tido dgn ayah dia la.Gulp!Malam tu aku diminta berehat.Ada 3 kali juga rasanya nurse datang check kot2 aku demam ke apa.Kacau je nurse ni org syok2 layan citer Tamil.

Untuk Damia,pastinya waktu dia hantar pada aku,aku tak pasti dia mandikan atau tidak,tapi Damia pakai baju hospital la.Color pink lagi.Susu pulak,dia dpt susu formula dulu bkn susu mak dia.Chait!Kat sini dia recommend S26 tp Damia tak brape nak so aku guna Similac until 1 year dan skang Gain Plus.Waktu nak berangkat,kita just pass je baju baby kita nnt diorg tukarkan tp sbb akukan over acting so nak tukar sendiri jugak smpi nurse tu tegur.Hahaha!Ya,saya tahu kamu boleh buatkan : ).2 kali Dr.Yusuf dtg visit aku dan last sekali sblm aku discharge.Dan sekali visit dr Dr Farid (paed kat situ).Dia siap pegang Damia dan tunjuk detail depan aku.Dia beritahu condition heart dia,lung dia etc la mana yg berkaitan.Dan sebanyak2 soalan yg patut aku tanya kat Dr Farid tu,soalan bangang jugak yg aku tanya.

Dr.Farid:Ada apa2 soalan puan?
Aku:Asal kepala anak saya tak bulat yek? (dgn nada confident lak tu)
Dr.Farid:(Tergelak kejap)Mana ada tengkorak manusia bulat macam bola.Ni kira normal la bentuk macam ni.
Aku:(Tersipu malu tak tahu la mana nak cover muka aku time tu)

Lastly,dh settle semua payment dan hal2 lain,dua orang nurse tolong hantar.1 sorong aku guna kerusi roda (bkn katil ok,mcm akak aku),satu pegang baby.Aku nak riba Damia pun diorang tak kasi.Hantar smpi ke pintu kereta.Terima kasih tidak terhingga.Akan kukenang smpi bila2.Mau tak kenang 3k juga yang dicajnya.Sekian.


3 comments:

yuna said...

Hi Syafinaz... rasanya awak je antara org yg cerita detail pasal experience kat KTS..:) Thanks 4 ur info..Saya juga plan nak bersalin kat KTS.. sbb tertarik dgn delivery pakej dia yg rm 1500 tu kan... tp tak tau la lagi apa kos2 tambahan lain2 dia..td pegi check up bole tahan juga harga dia . Now diorg kata 2 kalai check then bole dpt harga pakej...agaknya apa lagi yg lain2 kos yg maybe di kenakan for normal delivery?

Syafinaz said...

hye yuna,

Actually dia letak 1,500 utk normal tidak termasuk epidural.kalo kita request epidural diaorg akn charge lain pulok.Better tanya diorang detail.Yg harga pakej tu dia bg small room.

Tp rasanya kalo normal estimate dlm 3k rasanya.Cuma kalau boleh jgn la ceaser.Mintak jauh.Hehehe!

Mcm sy haritu x amik pun epidural tp dia letak bilik besar sbb x dang check up 3 kali so x dpt harga pakej.Pity of me.Hehehe!

hambaAllah said...

THNX FOR DA DETAILS.. sy pn plan nkd eliver kt KTS tp berdebar sbb doc lelaki..hehehe

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You