Salam Ramadhan

Harini berkira2 untuk ke pasar membeli sedikit keperluan dapur.Erti sedikit itu tidak semestinya kuantiti sedikit dan nilainya kecik,namun barang sedikit tapi.....buat sakit hati kalau nak fikir.

Cuba bayangkan,harga daging naik,ayam naik.
Tu tak masuk seafood lagi.
Naik naik naik
Tak pernah nak turun
Yang tuuutt tu pun reti nak turun,ok?

So no wonder la time aku kepasar tadi,lagi ramai penjual dari pembeli.Emo.

Kalau ikutkan tinggal satu hari sahaja lagi sebelum masuknya 1 Ramadhan mengikut kiraan dikalendar.Sampai musim nak raya nanti tak tahulah macam mana.Jadi pesanan khas aku kat korang,nnt time beraya jangan la melahap makanan rumah orang tu bersungguh sangat,takut tuan rumah 2 minit sekali telan air liur sambil berdoa,"Bila la dia ni nak blah!".Heh!Barang sekarang mmg serba serbi mahal.Semua jd harga.Sampai pucuk jambu tua pun nak jual sekali.Pandai la kau campur dengan pucuk muda,budget org tak tahu.Bantut kejap selera aku petang tadi.Lauk dah best,ulam pulak ibarat hidup segan mati tak mahu.Tapi itulah hakikat,yang tu pun ada harga.

Tadi waktu dipasar,rebut2 penjual nak dapatkan customer.Aku pulak jenis cepat kesian.Bila kesian mulalah dalam dilema tak tahu mana satu nak pilih.Last2,dari nak sekilo dah jadi 2 kilo.Satu pak cik sebelah kanan,satu pakcik sebelah kiri.Konon2 berlaku adillah tu last2 sendiri lari budget.Chait!

Niat untuk tahun ini masih sama seperti tahun sebelumnya.Bersederhana sahaja.Tambah lagi hanya tinggal 4 mulut besar campur 1 mulut kecik Damia,dan 2 mulut busuk kucing kat belakang rumah.Aku cakap mulut busuk sbb suka sangat curi ikan pantang aku tinggal kejap kat dalam sink.Jadi tak perlulah beli banyak sangat stok tambah lagi tahun ni kami sekeluarga dah pasang niat nak masak ala kadar je dan tak mau membazir.Tapi konteks ala kadar abah aku tu tak brape nak ala kadar juga sbb suka hati dia je request nak ikan salmon or ikan kod.Sila bayangkan sekarang harga dua jenis ikan tu brape.Kalau nak ala kadar harus kita makan ikan kering je abah oii cukup sebulan.Hehe!Confirm lepas tu mampu buat down payment Myvi sebijik.

Kalau bab bazar ramadhan pulak,untuk kami tak ada apa special sangat sbb kitorg jarang pergi.Kalau abah aku,tak pernah,nehi,never jejak kakinya di bazar ramadhan.Itu yg kalau aku pergi mula la pot pet pot pet tak sedap la,tak bersih la,membazir la etc segala.Jd bg mengelakkan lubang telinga bernanah tetibe,jangan pergi kecuali mengidam dah sampai tahap air liur meleleh-leleh atau haritu tetibe mak sendiri boikot taknak masak.Tapi yg specialnya aku,kalau dapur tak  berasap aku cabut pergi rumah mertua.Kuikuikui!Untungkan kalau jarak rumah mak sendiri dengan mertua sekangkang kera jer : ) Tapi tahun ni harus rajin la masak sbb suami ada berpuasa sekali.Kalau tahun sebelum,boleh kira berapa hari je dapat puasa sesama.PJJ la katakan.

Dan cerita sebelah mlm pulak,tadi aku ada keluar kejap pergi bank.Alang2 dah di KT tu aku ajak la suami tapau McD.Sbb malas nak turun plus bkn ada parking pun McD kat tengah town tu,kitorang pun terus ke McD kat Giant tu.Sampai sana terkejutnya aku tengok orang punyalah ramai.Giant ramai.Mydin tak usah cerita la.Hari biasa pun ramai.Suasana macam 2,3 hari lagi nak raya.Isk!Takkan la berebut-rebut nak beli groceries mcm tu sekali walhal baru nak ramadhan.Tu pun lusa kalau dah confirm.Mungkin campur gaji dah masuk kot tapi serius aku rasa mcm pelik sbb kalau kat pasar tadi macam lenggang je.Atau adakah lifestyle org Trg dah berubah makanya nak shopping groceries pun harus di hypermarket memandangkan banyak pilihan kot.Cuma pd pendapat aku kalau setakat nak beli seafood pun nak beli kat Giant,mmg sia2 la duk pantai timur dimana sumber ikan fresh banyak dipasar2.Lain la kalau duk dipantai barat makanya ikan frozen juga yg ada.Macam time aku duk Shah Alam dulu,dh tak ada choice makanya beli la juga walau tahu tu ikan frozen.Kalau kat pasar pun sama.Kebanyakan ikan stok2 pakai lense semua.Tapi kat sini lain sikit.Fresh wooo!Sila jeles sekarang.Maka tetiba teringat lagak satu perempuan yg geli2 nak ambik udang kat Giant konon2nya geli la,siap ekspresi muka yg tak tahan tu kononnya geli amat tp dress up ala desa je.Lain la kalau time tu dress up ala Lady Gaga boleh aku aku terima.Huhuhu!.Think positif,tak biasa kedapur kot,tumbuk sambal belacan pun kekok.Hehehe!Astaghfirullah!Terkutuk orang.Makanya aku akhirkan disini je la.Karang meleret-leret pulak kutukan yg tak ada pekdah tu.Lusa dah nak puasa.Bila pulak aku nak pergi minta maaf kat mangsa kutukan tu.Dulu duk kutuk Michael Jackson,dah meninggal dah kawan tu.Bak kata abah aku,"Dok kutuk2 Michael Jackson tu agak2 raya tahun bila kau boleh pergi mintak maaf kat dia".Heh!.Stop.

Maka dikesempatan ini aku ingin mengucapkan:

" SALAM RAMADHAN untuk semua".

A blessed month is Ramadhan
A night of this month is better than a thousand months
It's a continuous training to strengthen our Imaan

Semoga tahun ini adalah lebih baik dari tahun yang sebelumnya.Insyaallah.


Syukur Alhamdulillah,Syukur Alhamdulillah,
Ramadhan menjelma lagi.




No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You