Cerita Bonda

"Tidak dapat diungkapkan dengan kata2 betapa gembiranya hati dengan kurnianMu ini Ya Allah swt"

  • Pemeriksaan kedua pada 22 Jun 2009 doktor scan nak tgk condition janin dan pemeriksaan air kencing buat kali yang kedua.Teruja si ayah apabila melihat perkembangan janin yang sudah menampakkan tanda adanya denyutan jantung.Saya menangis didalam hati.Besarnya kuasa Yang Maha Esa.Sewaktu doktor menerangkan pada suami perkembangan janin dan peringkat awal kehamilan,saya renung wajah suami.Hati ini benar2 terusik.Sukar digambarkan perasaan ketika itu.Benih cinta kami sedang membesar dari hari kehari.Kami menghitung hari.40 minggu yang amat membahagiakan.

  • 28 Jun 2009 tarikh mendaftar di UMT.Ramai terkejut dengan keputusan saya untuk melanjutkan pelajaran (degree).Dengan keizinan suami saya mengisi borang UPU dan alhamdulillah saya mendapat tempat di UMT dalam jurusan Pengurusan ( Pemasaran ).Tempoh pengajian adalah selama 3 tahun.Kali ini saya benar2 bertekad.Dengan doa dari suami saya tekadkan hati saya.Walau hamil ia tidak mematahkan semangat saya.Perjuangan harus diteruskan.Saya mesti habiskan apa yang saya sudah mulakan.

  • Anakanda amat memahami.Setakat dua bulan ini bonda sihat tanpa sebarang alahan.Tiada kekangan pada bonda untuk menyelesaikan segala urusan.Alhamdulillah semua berjalan lancar.Setengah orang berkata terlalu awal untuk merasai alahan.3 atau 4 bulan lagi baru adanya simpton alahan.Hingga ada suara sinis yang mengatakan "Jangan rasa selesa sangat.Awal lagi ok la.Tunggu 3,4 bulan lagi mesti kamu muntah lembik badan".Bonda pekakkan telinga.Bonda think positif.Namun bonda tekad itu semua kata2 orang.Yang mengalami dan melalui adalah diri sendiri. Pesan doktor, " Kamu kena kuat semangat.Tambah lagi suami tiada disisi sepanjang kehamilan".Ayah mungkin menjenguk bonda 2 kali sebulan.Trg dan N.Sembilan tempatnya jauh.Menurut doktor alahan juga berkait rapat dengan psikologi."Kalau kamu terlalu melayan perasaan,satu kerja kamu tidak akan dapat buat.Alahan bagi perempuan mengandung adalah normal cuma kamu mesti kuat sedikit.Harus lawan".

  • Apa yang pasti keadaan ini membuatkan saya dikecualikan dari orientasi.Walau pada awalnya nurse UMT mengatakan tiada masalah untuk menyertainya kerana aktiviti lebih pada ceramah dan aktiviti2 biasa.Jadi tiada alasan kenapa saya mesti dikecualikan.Terima kasih nurse kerana anda tidak mengandung pada waktu itu.Ketua fasilator sendiri tidak membenarkan kerana menurut mereka sekiranya apa2 berlaku mereka tidak akan bertangunggjawab jadi saya tidak digalakkan menyertainya memandangkan jarak antara asrama dan bangunan akademik agak jauh.Apa yang pasti sepanjang orientasi pelajar dikehendaki berjalan kaki ke satu2 tempat.Tiada kenderaan disediakan.Terima kasih juga pada nurse kerana cara anda bertutur yang amat tidak bertimbang rasa.No wonder kamu sebagai nurse dan bukannya doktor.Andai kamu doktor mesti tutur kata kamu akan lebih berbisa.Itu cuma telahan saya.

5 comments:

HBM Consultant said...

Salam.

Wah, sudah mula kuliah ya? Selamat belajar! Sangat jauh bezanya apabila kita bergelar pelajar ketika sudah beruman tangga dengan sewaktu kita masih belum berkahwin. Apatah lagi dalam keadaan Fie yang sedang berbadan dua. Kuatkan semangat, Insyaallah. Kalau perlu apa-apa bantuan, bagitahu saja la ya...

Syafinaz said...

Itulah.Terima kasih dan sy amat menghargai sokongan akak.No prob,ada apa2 akan refer pd akak.Kena tanya jgk pd mereka yg berpengalaman hehehehehe..

arif said...

wahh!!pregnant doh mu?congrats2

Syafinaz said...

Yes mr arif.thank u

sue said...

tahniah...sambung belajar...saya juga baru sambung master d utm.pjj.penatnye travel utk kuliah.3x seminggu...yg penting semangat...semangat u menyuntik semangat i....slm perkenalan...

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You