Kesian saya...huk!huk!huk!

Hari Khamis lepas saya ke Sunway Pyramid.Banyak tujuan tu.Antaranya tujuan untuk membeli sedikit barang sebelum masuk belajar balik.Macam budak sekolah.Beli secara sedikit2 dahulu kerana budget agak sempit.
Tujuan ingin membeli cadar lalu masuk ke kedai fav saya iaitu Aussinno.5 minit terkial2 didalam kedai,jurujual wanita seorang Melayu yang tidak bertudung memakai baju berwarna kuning dan bertubuh sedikit berisi memandang saya.Masih tidak berganjak dari meja kaunter.Saya terkial-kial mencari,suami sudah menarik muka.Jurujual itu masih kaku disitu.Muka agak bengis.Senyum tu jangan harap la.Dalam hati saya "Aku datang nak membeli bukan nak membunuh!".Tapi dalam hati jer la.Hahahaha!!Saya panggil dan tanya la beberapa soalan.Dia datang then jawab acuh tak acuh.
Kali kedua ditanya soalan yang lebih kurang sama,cara jawapan yang diterima agak keras sedikit bunyinya.Mood membeli sudah terbantut kerana saya sudah diselubungi mood menyampah pula.Cara dia merenung saya juga agak menyakitkan hati kalau diingat semula.Perempuan!Perempuan!Sudah la tak comel,lagi la berganda tak comelnya bila berperangai begitu.Saya membuat andaian mungkin kedai Aussinno itu BAPAK DIA YANG PUNYA.Sebab itu la selamba jer layan customer macam itu.Suami muncung kat saya seraya berkata"Apa nak heran.Depan tu ada butik Akemi!".So saya pergi la ke Akemi.
Jurujual di Akemi sangat la nice.Walau ada cadar yang tidak ingin dibeli masih sanggup dia membuka untuk saya.Katanya tidak mahu membeli tidak mengapa,just rasa fabrik cadar tersebut.Sangat bersungguh dan hasilnya dua plastik juga barang dibawa sewaktu keluar.Tiada dalam list pun turut dibeli.Sudah terkena penangan jurujual di Akemi.Adoi!!Hasilnya Aussinno hilang sales hanya kerana jurujual yang sombong dan memilih customer agaknya.Saya pun tidak pasti!Untuk perempuan yang agak bodoh pada pandangan saya (jurujual di Aussinno Sunway Pyramid),sekali lagi saya tegaskan kamu tidaklah comel dengan kelakuan sebegitu.Berhenti kerja sahaja kalau tidak ikhlas untuk bekerja.Buat berdosa sahaja!!Ini la yang dikatakan bodoh sombong.Berubah la....

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You